Strategi Kewangan Freelancer
Membina simpanan tunai, bank statement bagi pinjaman bank & pungutan bayaran daripada klien freelance
Masa Bacaan: 5 minit
Saya pernah sentuh mengenai kewangan freelancer sebelum ini tetapi tidak mendalam bagi aspek pinjaman perbankan dan pembayaran upah freelance.
Terima kasih kepada saudara Mu’azh yang juga seorang soloer dalam bidang digital marketing kerana mencadangkan idea penulisan bagi minggu ini.
Kalau awak ada cadangan idea penulisan, awak boleh reply ke e-mel newsletter ini.
1) Membina Asas Kewangan yang Kukuh
Utamakan pembinaan simpanan tunai
Saya telah kupas mengenai mengurus aliran tunai atau cash flow dalam penulisan terdahulu dan amatlah penting untuk mengurusnya bagi memastikan kelangsungan hidup awak.
Lebih-lebih sebagai seorang solopreneur yang juga freelance sepenuh masa.
Motivasi dan momentum kerja awak akan terganggu sekiranya awak tidak mempunyai wang yang cukup untuk ‘hidup’ pada bulan yang seterusnya.
Tanpa motivasi dan momentum, susah untuk awak memberikan khidmat yang terbaik dan ini akan menyebabkan awak juga burnout sewaktu bekerja.
Awak juga akan kurang tertekan dalam membuat keputusan menerima sesuatu kerja freelance itu atau tidak kelihatan ‘terdesak’ ketika melengkapkan sales tersebut.
Antara langkah membina simpanan tunai adalah dengan menetapkan peratusan daripada pendapatan awak bagi setiap bulan ke dalam tabung kecemasan awak.
Contohnya, asingkan 10% daripada income bulanan awak terus ke ASB.
Sekiranya awak berminat untuk ketahui sistem urus kewangan freelance, awak boleh baca di bawah ini:
Pelbagaikan sumber pendapatan
Bergantung kepada orang, ada yang merasakan duit daripada kerja freelance mereka sudah mencukupi bagi mereka membuat simpanan dan juga laburkan lebihan duit itu setiap bulan.
Tapi ada juga yang rasa tidak cukup kerana pendapatan yang tidak tinggi.
Pertama, awak boleh naikkan kadar awak dan boleh rujuk penulisan saya pada minggu lalu bagi mengira upah berbaloi bagi kerja freelance awak.
Kedua, awak boleh pelbagaikan sumber pendapatan sebagai seorang freelancer.
Jadi, awak tidak bergantung semata daripada kerja freelance untuk mendapatkan duit secara bulanan.
Yang lagi seronok adalah apabila awak mula mencipta aset digital yang boleh dijual ratusan atau ribuan kali tanpa awak perlu ‘bekerja’.
Sekiranya berminat untuk belajar lebih lanjut, awak boleh baca di bawah ini:
2) Amalan Terbaik Perbankan
Penyata Bank Sihat = Kredibiliti Kewangan
Sekiranya bank statement atau penyata bank awak sihat, dalam erti kata lain positif,
Ini merupakan indikator yang jelas kepada pihak bank bahawa awak mempunyai kredibiliti kewangan.
Walaupun awak hanya berkerja sendiri sebagai seorang freelancer.
Selain itu, awak juga boleh semak skor CTOS awak iaitu pemarkahan bagi kesihatan kewangan dari kaca mata institusi kewangan.
Kalau awak ada pinjaman yang tertunggak, awak mesti jelaskannya untuk menyembuhkan kesihatan kewangan awak iaitu untuk mendapatkan skor CTOS yang tinggi.
Skor CTOS yang rendah akan menjejaskan kredibiliti kewangan awak.
Dan skor yang rendah akan mengurangkan kelayakan awak untuk membuat pinjaman daripada pihak bank.
Lagi senang sekiranya awak ada akaun bank perniagaan bagi segala transaksi berkaitan servis freelance awak.
Senang nak asingkan dan awak boleh tunjukkan sahaja segala duit keluar masuk menggunakan penyata bank daripada akaun bank business awak.
Mungkin awak tertanya kenapa perlu ada akaun bank business walaupun awak seorang freelance, awak boleh baca di bawah:
Ketahui Implikasi Cukai untuk Pinjaman Bank
Ramai yang tidak tahu cara untuk memohon pinjaman bank walaupun hanya bekerja sendiri sebagai seorang freelancer.
Antara caranya adalah dengan menggunakan jumlah pendapatan yang telah awak isytihar kepada pihak LHDN sewaktu membuat pelaporan cukai tahunan.
Dengan adanya jumlah ini bersama penyata bank tadi, awak dapat membuktikan bahawa awak memang mendapat sekian sekian amaun sebagai bayaran kepada servis freelance awak.
Jadi, amat penting untuk awak urus rekod dan dokumenkan segala pergerakan tunai melalui invois dan juga resit.
Ianyakan akan memudahkan awak untuk membuat pelaporan cukai tahunan kepada pihak LHDN.
Sekiranya awak masih blur dalam mengurus dokumen kerja freelance awak seperti sebut harga atau invois, saya pernah tulis di bawah ini:
3) Lancarkan Proses Pembayaran dan Pungutan
Hantar Invois Dengan Segera
Antara ‘kesilapan’ freelancer yang saya lihat ialah sama ada mereka selalu lewat dan tidak membantu melancarkan proses pembayaran klien.
Walaupun begitu, saya faham proses membuat dokumen invois memang renyah sekiranya semuanya manual.
Tapi janganlah melengahkan penghantaran invois kepada klien awak.
Lagi lambat awak hantar, lagi lambat mereka akan proses pembayaran awak.
Pertama, seeloknya sejurus selepas siapkan kerja freelace, awak terus hantar invois kepada klien.
Sebarang feedback kepada kerja awak boleh dikomunikasi daripada pihak klien dan dalam masa yang sama mereka juga sedang proses bayaran kita.
Kedua, pastikan butiran pembayaran kepada akaun awak mencukupi dan senang untuk klien awak lakukan pembayaran.
Hantarkan juga butiran bank melalui WhatsApp walaupun ianya sudah dihantar dalam bentuk dokumen.
Awak juga boleh selitkan QR DuitNow di dalam dokumen invois tersebut kalau ianya dapat memudahkan klien awak membuat bayaran.
Laksanakan Strategi Pungutan
Bagi strategi pungutan, ianya adalah berbeza mengikut cara seorang freelancer itu bekerja dan mengenakan bayaran kepada klien mereka.
Sekiranya awak seperti saya yang menyusun jadual pembayaran mengikut progress siapnya kerja freelance, mungkin awak sudah mempunyai cara memungut pungutan freelance awak tersendiri.
Pertama, awak kena menggariskan tarikh pembayaran selari dengan pencapaian kerja awak.
Contohnya, dalam sebut harga dan invois yang pertama, awak buat satu jadual yang menggariskan berapa bayaran sepatutnya pada sekian tarikh dan berapa bayaran yang diperlukan.
Jadi, ini akan memudahkan klien awak mengurus kewangan mereka juga.
Kerana mereka sudah tahu bila mereka perlu membayar servis awak.
Dan sepatutnya mereka tidak ada masalah untuk membayar awak sekiranya awak menyiapkan kerja seperti yang dijanjikan di dalam dokumen awak.
Sekiranya mereka enggan membayar, awak berhak untuk memberhentikan kerja serta-merta sehinggalah mereka bayar yang sepatutnya.
Sudah ramai freelancer yang terkena dengan situasi seperti ini.
Klien akan bagi bermacam alasan untuk awak siapkan 100% kerja dan kemudian enggan membayar awak seperti dijanjikan.
Strategi saya senang iaitu buat kerja mengikut peratus yang dijanjikan dan tunggu sehingga dibayar dahulu.
Selepas dibayar, saya akan sambung kerja saya.
Memanglah niat kita nak tolong klien tetapi siapa yang nak tolong kita kalau ramai freelancers sudah terkena seperti ini.
Akan tetapi sekiranya awak percaya kepada klien itu, terpulang kepada awak untuk urus kerja sekiranya tidak dibayar seperti yang dijanjikan.
Kalau saya, saya berhenti serta-merta dan hanya akan sambung sekiranya dibayar.
Saya harap tips kali ini dapat membantu awak untuk mengurus kewangan sebagai seorang freelancer yang berjaya.
Semoga dipermudahkan, insya-Allah. Kita jumpa lagi pada minggu hadapan.
Kalau awak ada sebarang soalan atau perlukan bantuan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui NGL (anonymous)
Kalau awak dah bersedia untuk bertindak, ada 2 cara saya boleh membantu:
→ Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
Zero To Freelancer Roadmap: Belajar apa itu freelance, mindset seorang freelancer, 3 elemen penting freelance, 5 fasa dalam perjalanan freelance dan banyak lagi.
Freelancing For Dummies (kompilasi penulisan terdahulu)
Thread X yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
→ Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit sebulan:
Kursus Video RM300 Pertama: Belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.