Masa Bacaan: 4 minit
Sebelum ini saya pernah menulis 7 perkara yang awak perlu tahu sebelum berhenti kerja dan menjadi freelancer sepenuh masa.
Tapi saya faham yang tak semua orang sanggup untuk berhenti kerja sekiranya tiada simpanan yang mencukupi dan bersedia untuk pendapatan yang tidak tetap.
Jadi, dalam tulisan minggu ini saya akan kongsikan sistem bagaimana saya mengurus kewangan sebagai seorang freelancer.
Tidak kiralah awak seorang freelancer separuh masa atau sepenuh masa,
Saya harap sistem ini dapat membantu awak mengurus kewangan.
PERHATIAN: Saya bukanlah seorang penasihat kewangan atau seorang profesional kewangan berlesen. Segala nasihat atau maklumat yang diberikan hanyalah untuk tujuan maklumat am dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan rasmi. Sila rujuk penasihat kewangan berlesen sebelum membuat keputusan kewangan penting.
1. Rekod Perbelanjaan Harian
Saya pernah sentuh perkara ini di dalam tulisan sebelum ini dan betapa pentingnya untuk awak rekod dan jejaki perbelanjaan harian awak.
Tanpa awak merekod, awak tidak akan tahu apa yang awak belanja.
Dan tahu-tahu duit awak hanya tinggal RM50 sahaja pada seminggu pertama selepas mendapat gaji atau duit dari klien.
Amatlah penting sehingga saya buat dan guna sendiri app Doploh saya untuk track spending dan juga income saya sebagai seorang freelancer.
Awak pun boleh cuba Doploh atau apa-apa app yang ada di luar sana.
Kebanyakkan percuma sahaja.
Kalau nak guna Microsoft Excel pun boleh, asalkan ianya mudah bagi awak dan paling penting awak tidak putus asa untuk merekod setiap bulan.
2. Ketahui Jumlah Komitmen Bulanan
Selepas awak dah mula rekod, awak akan tahu berapa komitmen bulanan awak.
Komitmen ini ialah perbelanjaan yang setiap bulan awak perlu keluarkan untuk hidup.
Contohnya: pembayaran hutang kereta, sewa rumah, bayar bil itu ini dan sebagainya.
3. Asingkan 10% Daripada Pendapatan
Setelah awak dah kira berapa komitmen bulanan awak, contohnya RM1,000 setiap bulan,
Awak sudah boleh tetapkan matlamat untuk simpan 6 bulan komitmen awak sebagai tabung kecemasan.
6 bulan x RM1,000 (sebulan) = RM6,000.
Setelah itu, awak boleh mula asingkan 10% sekurang-kurangnya daripada pendapatan awak itu tadi ke dalam tabung kecemasan awak.
Perkara ini mungkin berat pada awalnya tapi saya sarankan awak untuk asingkan 10% ini terus setelah mendapat pendapatan dan sebelum bayar hutang/komitmen.
Mula untuk target 3-6 bulan sebagai tabung kecemasan dan kemudian awak boleh naik ke 9-12 bulan mengikut keadaan awak.
Seperti saya, saya tetapkan 6 bulan sahaja dan selebihnya saya utamakan pelaburan ke perniagaan sedia ada dan juga kepada pembelajaran ilmu berkaitan.
4. Gunakan Akaun ASB Sebagai Tabung Simpanan
Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat saya iaitu FinancialGory yang pertama kali kongsikan kepada saya mengenai akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) masa di universiti dulu.
Tanpa dia, saya mungkin tidak akan tahu kelebihan menggunakan ASB ini.
Jadi, kenapa kita gunakan ASB?
Pertama, kita semua tahu ada dividen 3%-4% setiap tahun sekiranya kita menyimpan di ASB.
Senang cerita, duit percuma yang diberi kepada kita kerana simpan duit di sana.
Kalau awak ada RM6,000 di ASB pada tahun ini, awak akan dapat dalam RM180 hingga RM240 pada tahun seterusnya.
Untuk tahu kiraan sebenar dividen ASB yang lebih teknikal, awak boleh rujuk dengan pakar di luar sana.
Jadi awak boleh bayangkan lagi tinggi simpanan ASB awak, lagi banyak dividen awak akan dapat.
Setakat ini yang saya tahu maksima simpanan ialah RM200,000 untuk akaun ASB.
Semoga kita berjaya simpan sebanyak itu, insya-Allah!
Kedua, bagusnya ASB ini sebab awak tak boleh keluarkan simpanan awak dengan mudah.
Jadi, apabila kita susah nak keluarkan duit, kita pun jarang nak gunakan duit simpanan kita.
Sebenarnya, kita cuba ‘tipu’ diri kita untuk gunakan duit lebihan yang kita ada sahaja.
Dan tidak sentuh langsung duit simpanan kita.
Tapi tak susah pun nak keluarkan duit ASB kita.
Hanya perlu ke kaunter mana-mana bank untuk keluarkannya atau pakai app myASNB pun boleh.
Di bawah ini butiran dari laman web ASNB sendiri (1 unit ASB bersamaan RM1):
5. Hanya Guna Duit Lebihan Untuk Berbelanja
Selepas awak dah tolak 10% daripada pendapatan untuk simpanan dan selebihnya dengan komitmen sedia ada awak,
Awak mungkin akan ada lagi 20%-30% daripada pendapatan awak.
Daripada baki ini, awak boleh buat 2 keputusan iaitu:
Ambil lagi 10% untuk capai matlamat simpanan awak dengan lebih cepat atau melabur dalam apa-apa produk pelaburan, atau:
Gunakan duit ini untuk shopping dan self-reward diri awak sendiri.
Penting untuk self-reward diri awak selepas sebulan bekerja agar awak tidak cepat burnout dan ‘penat’ untuk teruskan bekerja pada bulan seterusnya.
Sekiranya baki awak kurang daripada 30%, mungkin awak perlukan naikkan caj harga freelance awak.
6. Memberi Untuk Menerima
Lagi banyak yang kita berikan kepada orang lain, lebih-lebih lagi kepada keluarga kita dan mereka yang memerlukan,
Lagi banyak yang akan kita dapat di kemudian hari.
Jadi, awak boleh tetapkan beberapa peratus daripada lebihan duit awak untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Kerana saya percaya yang tidak semua yang kita dapat adalah untuk kita.
Dan insya-Allah rezeki untuk kita sudah tertulis.
Lagi berat kita nak memberi, lagi penting untuk kita memberi.
7. Langkah Seterusnya
Sekiranya awak dah berjaya capai matlamat simpanan kecemasan, awak dah boleh fikir untuk ambil insurans perubatan atau insurans nyawa, jika belum ada lagi.
Kemudian awak boleh belajar produk-produk pelaburan di pasaran seperti contoh saham syarikat, wang kripto dan emas.
Saya sendiri hanya menyimpan Bitcoin selain daripada ASB.
Lebihan saya banyak disalurkan semula kepada perniagaan sedia ada seperti Queuelah.
Mungkin pada tahun 2024, saya akan mula berjinak dengan pelaburan emas pula.
Ini sahaja untuk minggu ini dan kita jumpa lagi di minggu hadapan!
Kalau awak ada sebarang soalan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui NGL (anonymous)
Kalau awak dah bersedia untuk bertindak, ada 2 cara saya boleh membantu:
→ Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
Zero To Freelancer Roadmap: Belajar apa itu freelance, mindset seorang freelancer, 3 elemen penting freelance, 5 fasa dalam perjalanan freelance dan banyak lagi.
Penulisan terdahulu dan thread X yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
→ Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit sebulan:
Kursus Video RM300 Pertama: Belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.