3 Sebab Freelancers Perlu Ada Akaun Bank Business
Tak pasti jika perlu buka akaun bank perniagaan untuk freelance?
Masa Bacaan: 3 minit
Ketika saya mula-mula freelance dulu memang saya ada terfikir nak buka akaun bank business yang khas untuk kerja-kerja freelance saya.
Tapi hanya selepas 2 tahun sebagai freelancer, baru saya berjaya membuka bank akaun perniagaan.
Antara sebabnya adalah kerenyahan untuk pergi-balik ke bank bagi melengkapkan permohonan pembukaan bank perniagaan.
Namun, saya terjumpa satu bank yang amat memudahkan urusan pembukaan bank akaun business.
Boleh lihat perkongsian saya di X saya untuk tahu lebih lanjut.
Kalau awak ikut cara saya dalam post X (di atas):
Selepas permohonan pembukaan bank perniagaan, awak perlu transfer RM1 ke akaun bank baru awak dan jika permohonan awak berjaya, perlu transfer RM500 sebagai deposit.
Untuk membuka bank akaun perniagaan, awak hanya perlu ada perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pendaftaran SSM boleh dibuat secara online sahaja (kos pendaftaran dalam RM30 atau RM60).
Tapi sekiranya awak tak pasti jika awak perlu ada akaun bank business khas untuk kerja freelancing awak, di bawah ini 3 sebab kenapa awak perlu ada:
1) Kewangan Lebih Terurus
Memiliki akaun bank perniagaan membolehkan pemisahan kewangan antara urusan peribadi dan perniagaan.
Ini adalah penting kerana ia dapat membantu awak sebagai freelancer untuk menguruskan kewangan awak dengan lebih berkesan.
Dengan adanya akaun perniagaan, awak dapat memastikan bahawa semua transaksi perniagaan dan perbelanjaan berkaitan freelance dilakukan melalui akaun tersebut.
Ianya akan menjadi lebih mudah untuk awak menjejaki pendapatan dan perbelanjaan perniagaan, jika berbanding dengan memasukkan semuanya di dalam satu akaun.
Awak juga boleh mendisplinkan diri untuk tidak menggunakan duit pendapatan freelance 100% bagi perbelanjaan setelah duit ini telah diasingkan.
Untuk tips berkaitan kewangan awak boleh baca di sini:
2) Bakal Klien Bertambah Yakin
Memiliki akaun bank perniagaan memberikan elemen profesionalisme kepada perkhidmatan freelance awak.
Apabila berurusan dengan klien awak, menggunakan akaun perniagaan menunjukkan tahap kebertanggungjawaban dan kesungguhan awak dalam menjalankan perniagaan.
Ini dapat memberi keyakinan kepada bakal klien awak bahawa mereka berurusan dengan entiti perniagaan yang sah.
Saya bersyukur kerana pada awalnya bakal klien saya percayakan saya walaupun saya hanya menggunakan akaun peribadi.
Mungkin kerana portfolio dan track record yang saya kongsikan kepada mereka dapat meyakinkan mereka.
Jadi, sekiranya awak ingin menambahkan tahap keyakinan bakal klien kepada servis freelance awak, awak boleh daftar perniagaan awak di SSM dan buka akaun bank business.
Sesetengah klien agak cerewet sekiranya mereka perlu membayar ke akaun individu, lagi-lagi sekiranya mereka syarikat besar atau korporat.
3) Kemudahan Perakaunan
Akaun bank perniagaan dapat memudahkan proses perakaunan.
Semua transaksi perniagaan direkodkan melalui akaun perniagaan, memudahkan awak untuk menyusun dan melaporkan pendapatan serta perbelanjaan freelance awak.
Ianya juga akan memudahkan awak untuk menyediakan laporan cukai bagi proses pemfailan cukai LHDN pada setiap tahun.
Secara keseluruhannya, dengan adanya akaun bank business bagi kerja freelance awak, ianya dapat membantu awak untuk menjalankan servis freelance dengan lebih cekap dan profesional.
Ini sahaja untuk minggu ini dan kita jumpa lagi di minggu hadapan!
Kalau awak ada sebarang soalan atau perlukan bantuan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui NGL (anonymous)
Kalau awak dah bersedia untuk bertindak, ada 2 cara saya boleh membantu:
→ Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
Zero To Freelancer Roadmap: Belajar apa itu freelance, mindset seorang freelancer, 3 elemen penting freelance, 5 fasa dalam perjalanan freelance dan banyak lagi.
Freelancing For Dummies (kompilasi penulisan terdahulu)
Thread X yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
→ Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit sebulan:
Kursus Video RM300 Pertama: Belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.