3 Tips Untuk Mempelbagaikan Pendapatan Freelance
Ringkasan daripada perkongsian Tuan Paeh Brian dalam SES #1
Masa Bacaan: 4 minit
Alhamdulillah kerana pada hari Rabu yang lalu, kita telah berjaya anjurkan sesi pertama Soloers Experts Series (SES) dan terima kasih saya ucapkan kepada 107 freelancers yang telah hadir.
Kepada awak yang telah sertai sesi ini, Tuan Paeh Brian ingin berikan hadiah percuma kepada awak, iaitu #SkillSeller Blueprint: Case Studies & Stories From People Selling Their Skill For You To Copy.
Hadiah percuma akan dihantar terus ke e-mel awak melalui pautan di bawah.
Slide pembentangan daripada sesi ini dan rakaman penuh juga ada di bawah.
Awak ada cadangan siapa perlu saya jemput untuk sesi seterusnya?
Reply e-mel ini dengan nama dan akaun X (twitter) beliau.
Dan saya akan cuba jemput beliau untuk sesi SES akan datang.
Apa itu SES dan kenapa ia dianjurkan?
SES ini dianjurkan sebagai satu ruang untuk:
Freelancers bertukar idea dan belajar daripada pengalaman freelancers lain.
Freelancers yang ingin berkongsi kepada freelancers lain di komuniti Soloers.
Tapi kenapa SES ini dianjurkan?
Supaya awak boleh belajar daripada pengalaman freelancers lain yang sudah langgar dinding sebelum awak.
Supaya awak tak perlu bazirkan tenaga dan masa awak dengan perkara yang sia-sia.
Awak juga boleh belajar teknik atau ‘rahsia’ freelancers lain yang awak boleh gunakan dalam karier freelance awak.
Selamat membaca dan semoga bermanfaat kepada awak!
3 Tips Untuk Mempelbagaikan Pendapatan Freelance
1) Apa itu ‘aset digital’
Aset digital ialah sebarang produk yang awak boleh jual berkali-kali selepas ia telah disiapkan.
Contohnya adalah seperti e-book, kursus video, template, checklist dan sebagainya yang boleh membantu orang lain.
Mungkin sedikit janggal kepada awak kerana sebagai seorang freelancer awak dah biasa untuk mendapat income daripada setiap servis awak kepada klien.
Tapi aset digital ini ialah aset yang mampu menjana pendapatan tambahan walaupun awak sedang tidur kerana ada orang di luar sana yang ingin belajar daripada awak.
2) Hasilkan aset digital walaupun awak bukan seorang ‘expert’
Tuan Paeh ada kongsikan 3 langkah mudah untuk bermula agar orang kenali awak dan berminat untuk dapatkan produk awak, iaitu:
Learn (belajar)
Do (buat)
Share (kongsi)
Dan saya juga percaya yang lagi banyak kita belajar, lagi kita sedar yang banyak perkara kita tak tahu sebenarnya.
Tapi jangan jadikan ini penghalang untuk awak mula hasilkan aset digital awak.
Kerana apa?
Kerana setiap orang termasuk awak ada sesuatu yang bermanfaat dan boleh dikongsi kepada dunia.
Dan sebenarnya kita juga akan belajar lebih banyak lagi apabila kita mula ajarkan apa yang kita tahu kepada orang lain.
Yang paling seronok apabila kita mula berkongsi di media sosial, banyak pintu-pintu peluang terbuka kepada kita.
Saya sendiri pun begitu.
Ramai yang tanyakan mengenai servis saya hanya dengan perkongsian saya di media sosial.
Tuan Paeh juga ada tunjukkan contoh pelajarnya yang dapat pekerjaan sebagai pensyarah dengan hanya mula berkongsi apa yang dia tahu di media sosial.
Mulalah berkongsi apa yang awak tahu dan lihatlah hidup awak berubah ke arah yang lebih baik.
"Service to others is the rent you pay for your room here on earth."
- Muhammad Ali
3) Tawarkan aset digital walaupun awak bukan seorang ‘influencer’
Mungkin awak berminat tapi awak rasa yang tiada orang kenal awak.
Jadi, awak rasa macam susah sebenarnya nak tawarkan aset digital awak kepada orang ramai.
Tapi awak boleh mula tawarkan dengan menghasilkan konten yang bermanfaat kepada audiens awak.
Contohnya, awak seorang digital marketer dan produk awak mungkin satu e-book mengenai teknik yang awak gunakan dalam digital marketing.
Jadi, awak boleh hasilkan konten seperti tips-tips yang boleh membantu digital marketer lain di luar sana.
Dan apabila konten awak bermanfaat dan membantu orang lain,
Orang akan berminat untuk belajar lebih lagi daripada awak.
Dan mereka juga akan berminat untuk dapatkan produk awak.
Berminat untuk pelbagaikan income freelance awak?
Awak berpeluang untuk belajar terus daripada Tuan Paeh Brian di dalam #SkillSeller Inner Circle beliau.
Awak juga akan dapat 9 perks apabila awak menjadi sebahagian daripada Inner Circle beliau.
Kalau tanya saya, memang berbaloi sangat kerana awak dapat belajar terus daripada beliau dan siap ada monthly coaching selama setahun (12 bulan).
Tawaran ini akan tamat pada hari Ahad, 17/9/2023 (11.59pm).
Selamat maju jaya dan jumpa lagi minggu hadapan!
Klik sini untuk slides daripada sesi SES #1.
Rakaman penuh SES #1: