Masa Bacaan: 4 minit
Walaupun rambut sama hitam, hati lain-lain.
Tak semua orang akan faham kenapa kita sanggup freelance part-time.
Ada yang sanggup buat kerja freelance selepas seharian di pejabat atau luangkan masa pada hujung minggu.
Ada juga yang sanggup berhenti dari kerja dan tumpu menjadi freelance full-time.
Tapi itulah hakikatnya.
Hakikatnya yang tak semua orang akan faham kita.
Penulisan pada minggu ini lari sedikit lain dari kebiasaannya.
Sebab saya tahu awak sedang berusaha untuk menjadi lebih baik demi menjana pendapatan lebih untuk keluarga awak dan diri awak sendiri.
Tapi kadang-kadang awak rasa keseorangan sebab orang lain tak faham awak.
Dan ketahuilah perkara itu normal.
Tapi mungkin perkara ini akan membuatkan awak bertanya kepada diri sendiri:
Berbaloi ke aku buat semua ini? Sampai bila aku nak buat atau terus give up?
Saya tak boleh jawabkan soalan ini untuk awak.
Kerana hanya awak sahaja yang tahu jawapan kepada soalan ini.
Tapi apa yang boleh saya kongsikan ialah satu kisah.
Masa saya awal-awal dulu, mula dari zero.
Klien ada untuk bulan ini tapi bulan depan masih belum ada klien.
Bersyukur sangat kalau masih ada lagi simpanan untuk teruskan kehidupan.
Dan perkara ini membuatkan saya terfikir persoalan di atas.
Adakah berbaloi untuk teruskan jalan ini?
Dan kalau tak berbaloi, sampai bila nak buat?
Atau nak terus give up dan buat perkara lain?
Pada masa itu, dalam fikiran saya ada 2 perkara sahaja:
Belajar skil baru yang ada demand dan ramai orang perlukan (agar senang nak cari klien).
Kembali bekerja dan bermula semula dari bawah.
Tapi disebabkan pada masa itu saya dah mula belajar programming/web development.
Jadi, saya kira saya sudah capai perkara (1) tapi klien masih tak ramai untuk sustain.
Saya pun buka LinkedIn dan mana-mana portal cari kerja untuk mohon kerja.
Cari punya cari, berbelas juga saya apply dan hantar resume.
Alhamdulillah, dapat juga beberapa interview tapi disebabkan saya perlu mula dari bawah di dalam bidang baru dan terpaksa akur dengan offer gaji yang kurang dari gaji saya bekerja sebelum ini.
Tapi akhirnya, saya nekad untuk terus menjadi freelancer sepenuh masa dan belajar cara untuk tambah baik skil marketing dan juga sales.
Dan saya belajar satu perkara baru daripada pengalaman ini.
Inilah pengajaran dari kisah saya meragui kemampuan diri sendiri tadi.
Apabila kita mula untuk menjadi seorang freelancer, kita terpaksa belajar skil baru.
Dan pentingnya untuk kita memilih satu-satu skil.
Tapi awak mungkin akan cakap: tak senang untuk kita belajar satu-satu skil.
Tepat sekali.
Disebabkan tak senanglah untuk seseorang belajar skil ini, hadirnya permintaan untuk mereka yang ada skil ini.
Sewaktu saya sedar tentang perkara ini, saya rasa bersyukur sebab saya beruntung kerana mempelajari skil yang ada permintaan.
Dan bagaimana sesebuah skil itu membolehkan saya bekerja dari rumah.
Hanya duduk di hadapan laptop tanpa perlu menempuh traffic jam seharian.
Dan kalau awak tak pasti nak belajar skil apa, boleh rujuk di tulisan sebelum ini:
Tapi selepas daripada itu, saya juga sedar bahawa dengan skil yang saya baru sahaja belajar,
Saya boleh terus tingkatkan ‘employability’ atau kebolehkerjaan saya.
Dan kalaulah kemarau freelance saya berpanjangan hingga 6-12 bulan dan simpanan sudah berkurangan hingga ke tiga angka,
Saya yakin saya boleh usahakan sesuatu dengan cari kerja semula.
Jadi, jawapan kepada persoalan-persoalan tadi:
Ya, ianya berbaloi kalau kena dengan apa skil kita ada/sedang belajar.
Nak give up boleh tapi kena pastikan peluang lebih cerah di bidang/skil lain.
Tapi kita tak boleh pastikan jika peluang di bidang lain lebih cerah sebab hidup ini dipenuhi dengan trade-offs.
Tapi kita boleh tahu dengan membaca success story dari orang lain yang telah berjaya dan kisah mereka ini bukanlah kisah yang terpencil (outliers).
Dan saya juga percaya kalau awak sekarang ini merupakan seorang pekerja yang bagus, rajin bekerja dan belajar sendiri perkara baru dalam bidang awak,
Campaklah di bidang mana dan skil apa sekali pun, awak juga boleh berjaya.
Dan kalau jawapan awak sama macam saya iaitu untuk teruskan dengan skil yang ada sekarang, saya doakan maju jaya dan teruskan belajar!
Tapi kalau awak belum baca Roadmap Zero To Freelancer yang saya sudah perincikan elemen-elemen penting dalam freelancing, bolehlah baca di bawah: