Tak pasti nak tawar skill apa untuk mula freelance?
Ketahui 3 langkah penting untuk kenalpasti dan belajar skill untuk freelance
Masa Bacaan: 4 minit
Ramai yang bertanya berkaitan bagaimana nak mula freelance dan rata-rata kurang pasti apa skill yang ingin / boleh ditawarkan sebagai freelancer.
Saya harap tips kali ini boleh membantu awak untuk buat keputusan besar ini.
Langkah 1: ‘Minat’ lebih penting dari ‘background’
Ada yang bertanya jika perlu ada background tertentu untuk belajar skill baharu.
Jawapan saya ialah tidak semestinya.
Paling penting adalah kita kena ‘minat’ sesuatu skill itu.
Dan minat ini tak semestinya ia sebagai ‘hobi’.
Minat ini juga mungkin tak hadir hari ini tapi bila lama-lama kita dalami skill tersebut kita rasa seronok dan nak belajar lagi.
Minat ini yang akan jadi pembakar semangat awak untuk terus belajar dan menjadi obor ketika awak melalui terowong pembelajaran yang gelap dan berliku.
Background awak mungkin membantu awak untuk belajar skill baharu tapi ramai di luar sana yang belajar skill baharu untuk freelance tanpa ada background berkaitan.
Yang selalu saya nampak adalah seperti skill:
Graphic design
Copywriting
Content writing
Ghost writing
Web design
Digital marketing
Ramai sebenarnya freelancers di luar sana yang tawarkan salah satu skill di atas tanpa ada background yang berkaitan.
Mereka hanya belajar dan terus belajar untuk tambah baik skill yang mereka ada dari masa ke masa.
Mereka boleh teruskan belajar sebab mereka minat untuk mendalami dan secara konsisten improve diri mereka.
Boleh jadi sebenarnya awak minat dalam satu-satu skill itu tapi awak tak tahu sebab awak tak pernah cuba untuk belajar skill itu.
Tapi bila dah belajar, awak rasa awak minat skill tersebut dan tiba-tiba rasa berbakat dalam satu-satu skill itu.
Percaya pada diri awak dan kebolehan yang awak ada.
Semua orang boleh membantu orang lain dengan skill yang mereka ada.
Langkah 2: ‘Tiru’ apa yang orang lain lakukan
Kenapa kita perlu ‘tiru’ orang lain?
Kerana sudah terbukti yang skill tersebut sudah ada pembeli (dan juga masalah yang perlu diselesaikan).
Contohnya jika saya nak mula hari ini, mungkin saya akan mula dengan melihat apa freelancers di luar sana lakukan.
Dan saya akan tanya mereka apakah yang perlu saya tahu untuk mula tawarkan skill saya sebagai freelancer.
InshaAllah bila kena dengan cara kita bertanya, orang akan cuba bantu kita sehabis baik mereka.
Kemudian kita research sendiri cara untuk belajar skill tersebut.
Banyak tutorial percuma di internet dan di YouTube untuk belajar satu-satu skill yang kita ingin tawarkan.
Dan apa yang kita perlukan adalah lebih kepada ‘roadmap’ atau peta jalan bagi kita memahami dan belajar satu-satu skill itu.
Tapi ada yang tanya saya kalau saya berkongsi ilmu saya mengenai web development, adakah ‘freelancer baru‘ akan bersaing dengan saya.
Jawapan saya, tidak.
Malah, saya lagi seronok berkongsi sebab mereka nampak alternatif baru bagi menjana pendapatan dan boleh hidup gaya mereka sendiri.
‘Saingan’ ini juga mungkin tidak wujud kerana personal branding saya dan juga pengalaman saya akan menjadi batu pengukur bakal client saya.
Dan kita juga kena percaya dan serahkan urusan rezeki kepada Tuhan yang Maha Kaya.
Langkah 3: Hadkan masa pembelajaran dan terus mula
Ramai orang yang cuba untuk belajar tapi akhir sekali mereka putus asa sebab tak nampak cahaya di hujung terowong.
Lagi-lagi kalau mereka keseorangan dan tak tahu nak tanya siapa.
Sebelum kita belajar, penting untuk kita letakkan had untuk masa belajar itu.
Contohnya saya nak belajar copywriting.
Jadi saya akan letakkan had kepada diri saya untuk belajar selama 6 minggu.
Kenapa 6 minggu?
Saya tetapkan had masa ini selepas saya bertanya dengan freelance copywriter lain apa yang perlu saya tahu untuk tawarkan servis saya.
Dan juga research sendiri di mana dan bagaimana untuk belajar skill tersebut berdasarkan roadmap yang mereka kongsikan.
Dalam sesi ‘RM300 Pertama’ semalam, saya juga ada sentuh mengenai hadkan masa pembelajaran ini dan juga memberi langkah-langkah untuk terus menjana RM300 pertama sebagai freelancer.
Saya juga sentuh cara untuk mendapatkan 3 client pertama dan bagaimana kita memberi nilai tambah menggunakan value ladder kepada client yang sama secara berulang.
Kenapa perlu hadkan masa pembelajaran ini?
Kerana kita tak nak rasa demotivated apabila belajar tak habis-habis dan terus give up sebab rasa diri kita masih belum mahir.
Hakikatnya, kita hanya perlu belajar perkara asas kepada apa yang kita ingin tawarkan.
Dapatkan 3 client pertama selepas tempoh had masa belajar
Bermula dengan 3 client pertama dan RM300 sebulan ianya boleh bertambah ke RM1000 sebulan dan hingga +RM5000 sebulan.
Apabila kita letakkan target kita terlampau tinggi di awal-awal, susah untuk kita kekalkan motivasi kita untuk terus belajar.
Pentingnya small wins untuk kita kekal motivated sebagai freelancer, lagi-lagi apabila kita masih belajar skill tersebut.
Bagi client 3 kita yang pertama, kita mungkin tak berani nak charge harga yang tinggi dan mungkin sekadar RM50 atau percuma sahaja (bergantung kepada skill).
Tapi tak mengapa sebab kita pun masih belajar.
Yang penting kita boleh dapat testimoni yang bagus dan ruang untuk belajar.
Kita akan gunakan testimoni ini sebagai social proof untuk promote diri kita kepada bakal client yang akan datang.
Dari situ, kita akan dapat dua perkara:
Bukti kita mampu deliver job freelance kita dengan baik (authority)
Ada hasil kerja yang boleh tunjuk kepada bakal client (credibility)
Kemudian kita boleh cari lebih ramai client atau menggunakan value ladder untuk tawar servis lain / sama kepada client yang sama.
Semoga tips kali ini bermanfaat untuk awak dan semoga maju jaya!