Sebab kenapa perlu caj harga freelance yang berbaloi
Bukan hanya untuk keuntungan hari ini tetapi juga untuk hari yang mendatang
Masa Bacaan: 5 minit
Pada hari Selasa yang lalu saya ada hantarkan satu tweet di mana saya nyatakan kadar caj saya sebagai seorang freelance web developer.
Ramai yang terkejut, mungkin sebab tak sangka ianya boleh begitu tinggi?
Tapi niat saya hanya satu - iaitu untuk memberikan gambaran kepada freelance developer lain yang mereka juga boleh meletakkan caj yang tinggi kalau kena caranya.
Ekoran tweet ini juga, saya lihat ada perbincangan antara developer lain bagaimana mereka telah undercharged diri mereka sendiri.
Dan antara sebab mereka meletakkan caj yang rendah adalah kerana mereka tidak tahu apakah rate market sekarang dan apakah rate yang paling tinggi boleh diletakkan.
Jujurnya, saya pun tak tahu sebenarnya.
Saya hanya baca rate di US dan cuba samakan dengan kadar perbelanjaan perniagaan di Malaysia.
Dan yang paling penting, saya letakkan harga yang setimpal dengan usaha dan masa saya.
Alhamdulillah, berikutan tweet ini mungkin akan ada developer di luar sana yang berani untuk naikkan harga yang setimpal dengan usaha dan masa mereka juga.
Kenapa penting untuk caj harga tinggi?
Ada juga yang berterima kasih kepada saya kerana saya tidak ‘buang’ harga dengan meletakkan caj yang rendah.
Tapi sebenarnya, kenapa tak elok untuk caj rendah atau buang harga ini?
Kerana apabila kita bersaing dari aspek harga, ianya hanya race to the bottom.
Akhir sekali, semua pihak akan rugi kerana keuntungan kita semua akan berkurang.
Akan tetapi pada hemat saya, sebenarnya penting untuk caj harga tinggi berdasarkan 3 faktor iaitu:
Tak perlu ramai untuk dapatkan jualan yang sama
Pasti ramai tahu yang kalau kita boleh caj harga tinggi,
Kita boleh memberi servis kepada bilangan klien yang lebih sedikit berbanding ramai klien dan jumlah jualan servis kita masih sama.
Contohnya, kalau purata jualan awak RM1,000 untuk seorang klien dan awak sasarkan untuk capai RM4,000 sebulan,
Awak perlu ada 4 klien sebulan tapi kalau awak naikkan kepada RM2,000/klien,
Awak hanya perlu ada 2 klien sebulan untuk dapat jumlah jualan yang sama.
Dan ini akan memberi impak kepada faktor kedua di bawah:
Fokus pada kualiti dan bukan kuantiti
Saya paling sukakan faktor ini kerana saya dapat menumpukan fokus saya kepada satu-satu klien pada satu masa.
Secara keseluruhannya, servis saya akan bertambah baik dan kualiti hidup saya juga bertambah.
Saya pernah lalui waktu yang saya ada tiga empat klien pada satu-satu bulan.
Tersangatlah stress kerana otak terpaksa bekerja 24 jam sehari memikirkan ramai klien pada waktu yang sama.
Tapi kini saya hanya fokus satu atau dua klien bagi tempoh 3-6 bulan pada satu-satu masa.
Jadi, saya boleh susun tarikh dan masa service delivery saya mengikut jadual saya dan boleh asingkan supaya tidak bertindan antara dua klien ini.
Hasil yang baik = review yang baik
Apabila awak boleh memberikan hasil yang baik melalui servis terbaik awak, awak boleh dapatkan review yang baik dari klien awak.
Dan kesan review-review yang baik ini akan membuatkan mereka sudi berkongsi mengenai awak kepada jaringan/kenalan mereka.
Jadi, dari satu klien ke satu klien, mereka akan bercerita tentang hasil kerja awak dan manusia paling percaya apa yang kenalan mereka katakan kepada mereka.
“Kalau Ahmad pun cakap Ali ini bagi servis bagus dan hasil pun terbaik, bolehlah aku cuba servis Ali ini juga.”
Di atas ialah salah satu dari monolog dalaman kenalan klien awak (bakal klien) apabila klien awak ceritakan kepada mereka servis yang sudah awak berikan kepada mereka.
Kesimpulannya, dari satu faktor ke satu faktor, ianya semua berkait.
Awak sebagai freelancer dan klien awak juga akan dapat manfaat bersama ini.
Namun, ada satu persoalan yang tinggal.
Bagaimana saya nak naikkan caj sebagai freelancer?
Pertama, awak kena kenali diri awak dahulu dan fikir sama ada berbaloi atau tidak harga yang awak tetapkan berbanding apa yang bakal klien akan dapat dari tawarn servis awak.
Contohnya, kalau klien bayar awak RM4,000 adakah dia akan dapat RM40,000 iaitu 10 kali ganda dari pelaburan awal dia kepada awak?
Kalau ya, tawaran servis awak kepada mereka ialah too good to be true.
Dan jarang klien untuk tolak tawaran awak kalau awak boleh yakinkan kepada mereka perkara ini.
Kedua, sekiranya awak baru mula berjinak sebagai freelancer atau industri yang awak ingin tawarkan servis tidak mampu membayar sehingga puluhan ribu,
Mungkin akan sedikit susah untuk bakal klien bayar awak sebanyak itu.
Awak perlu nilai situasi awak sekarang dan rancang strategi awak berdasarkan maklumat tersebut.
Tak salah untuk bantu industri yang awak passionate about.
Cuma perlu ingat yang mungkin bakal klien awak akan ada had kepada pelaburan mereka bagi servis yang awak tawarkan.
Namun begitu, terdapat beberapa teknik untuk naikkan caj (saya akan kupaskan lebih detail dalam penulisan akan datang) tetapi untuk rumuskan mereka adalah seperti berikut:
Tekankan apakah ROI (return of investment) bakal klien terhadap RM1 yang mereka laburkan kepada awak. (contoh: klien labur RM1, klien akan dapat RM5 = 5 kali ganda)
Yakinkan mereka tentang kebolehan awak melalui portfolio yang awak sudah bina dalam membantu klien-klien sebelum ini.
Fikirkan apa lagi masalah yang mereka ingin selesaikan dan bukan sahaja ‘masalah’ yang mereka nyatakan kepada awak. (permasalahan berangkai yang awak boleh bantu selesaikan)
Bantu klien untuk rancangkan langkah tingkatkan keuntungan/kurangkan masa atau melalui elemen nilai tambah (video ke-8 dalam kursus video) melalui tawaran servis awak. (fokus kepada nilai tambah dalam memberikan servis)
Percayalah, dengan menaikkan caj servis awak - awak mampu memberikan servis yang lebih baik dan berlaku adil kepada semua klien awak serentak.
Tapi kalau awak baru bermula, tak mengapa.
Pelan-pelan kayuh dan belajar untuk menyelesaikan masalah dan membantu klien sedia.
Ini akan menyediakan diri awak untuk menjadi seorang freelancer yang mampu caj harga tinggi di masa hadapan.
Insya-Allah akan tiba masanya awak dibayar setimpal dengan usaha dan masa awak.
Semoga awak maju jaya dan dimurahkan rezeki.
Kita berjumpa lagi pada minggu hadapan.
Kalau awak dah bersedia, ada 2 cara saya boleh membantu:
Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
→ Zero To Freelancer Roadmap: Belajar apa itu freelance, mindset seorang freelancer, 3 elemen penting freelance, 5 fasa dalam perjalanan freelance dan banyak lagi.
→ Penulisan terdahulu dan thread Twitter yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit:
→ Kursus Video RM300 Pertama: Ilmu A-Z untuk awak dapatkan klien freelance pertama dan seterusnya, mula menjana income.
Antaranya ialah belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.