Masa Bacaan: 4 minit
Fear kills more dreams than failure ever will.
Pada minggu hadapan akan genapnya 3 bulan sejak saya menulis tips mingguan freelance kepada awak dan ribuan rakan freelancers kita yang lain.
Akan tetapi masih ada yang beritahu saya mereka masih takut untuk mula freelance.
Walaupun saya sudah cuba bantu dengan menulis takut nak freelance sebab rasa diri tak bagus? Ini 5 ubatnya sebagai penulisan kedua saya di Soloers.
Tapi saya tahu yang tak semua akan ambil peluang ini,
Dan bertindak dengan segala perkongsian di Soloers.
Saya tak salahkan mereka.
Ada betulnya apa yang mereka katakan.
Tapi jujurnya, ketakutan ini tidak akan boleh diatasi kalau mereka tidak bertindak sekarang, hari ini juga.
Mereka terus memberi alasan demi alasan untuk menyedapkan hati mereka.
Tapi mereka tidak tahu yang masa terus berlalu.
Dan kemudiannya nanti mereka akan menyesal dan mengeluh.
“Kenapalah aku tak mula freelance dari dulu lagi.“
Ramai katakan kepada saya begini apabila mereka tahu kisah saya seorang freelance sepenuh masa.
Lagi-lagi apabila mereka tahu saya berjaya menjana pendapatan 6 angka setahun dengan bekerja dari rumah, ikut masa dan mood saya.
Mereka katakan:
“Bestnya, untung dapat kerja dari rumah.”
Dan saya terus beri galakkan untuk mereka mulakan sesuatu sebagai freelance.
Tapi mereka enggan bertindak.
Walaupun mereka sendiri mengimpikan cara kerja dan gaya hidup seperti saya.
Yang tak perlu keluar rumah pagi dan balik lewat petang.
Yang tak perlu membuang masa di kesesakan lalu lintas.
Namun, hari demi hari berlalu.
Dan mereka masih tidak bertindak.
Kalau awak berada di tempat saya, awak juga faham apa yang saya cuba sampaikan di sini.
Apabila kita lihat ada satu peluang dan ingin membantu lebih ramai orang,
Tapi mereka sendiri yang memberi alasan untuk tidak bertindak.
“Aku tak pastilah kalau aku boleh jadi freelancer macam kau.”
Ini merupakan antara ketakutan bersembunyi di sebalik alasan.
Sebab apa?
Sebab mereka masih takut untuk bertindak dan buat keputusan;
Keputusan untuk mula menjadi freelancer atau menjadi lebih serius sebagai seorang freelancer.
Dan mungkin juga sebenarnya mereka takut untuk dilihat sebagai seorang yang gagal,
Sekiranya mereka tidak dapat klien pertama dalam seminggu pertama mereka atau menjana sebarang pendapatan sebagai freelancer.
Tak salah untuk bercita-cita tapi kita perlu berfikiran realistik.
“Semua orang bermula dari bawah.”
Ya, saya juga pernah gagal.
Pelbagai kegagalan saya alami (saya pernah tulis sebelum ini).
Dan sebab itu juga saya tidak bercita-cita sangat ketika awal-awal dulu.
Kerana saya tidak ingin mewujudkan ‘kegagalan’ di dalam minda saya sebelum saya bertindak dan cuba sehabis baik dahulu.
Apa yang saya fikirkan sewaktu bermula dulu yang saya ingin membantu klien saya dalam apa cara sekali pun.
Sebab saya tahu dari situ saya akan dibayar setimpal dengan usaha saya.
Dan di sebalik alasan ini sebenarnya, mereka juga takut jika tiada orang ingin membayar mereka.
Tapi awak dan saya tahu yang bayaran akan datang nanti jika kita betul-betul membantu klien kita.
Saya juga percaya bahawa duit yang dikejar tidak akan dapat tetapi duit yang tidak dikejar akan belari ke arah kita.
“You get what you give.”
Sebelum menerima, kita perlu belajar memberi.
Kita juga perlu yakin dalam memberi sesuatu.
Tanpa mengharapkan apa-apa balasan,
Kerana rezeki bukan di tangan kita.
Sekiranya awak gagal hari ini, tidak bermakna awak akan gagal di hari esok.
Saya pernah gagal dan melalui kegagalan inilah saya belajar sesuatu.
Dan terima kasih kerana sudi membaca perkongsian dan pengajaran dari kegagalan saya.
Semoga bermanfaat dan kita berjumpa lagi pada minggu hadapan!
Kalau awak ada sebarang soalan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui NGL (anonymous)
Kalau awak dah bersedia untuk bertindak, ada 2 cara saya boleh membantu:
→ Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
Zero To Freelancer Roadmap: Belajar apa itu freelance, mindset seorang freelancer, 3 elemen penting freelance, 5 fasa dalam perjalanan freelance dan banyak lagi.
Penulisan terdahulu dan thread Twitter yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
→ Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit sebulan:
Kursus Video RM300 Pertama: Belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.