Framework Berjaya Dalam Freelance
Melangkah masuk ke 2024 dengan framework berjaya dalam dunia freelance
Masa Bacaan: 4 Minit
Kurang daripada satu minggu lagi sebelum tahun 2023 melabuhkan tirainya dan jumlah freelancers di Soloers kini sedikit lagi ingin mencapai 2,000.
Dan sebelum saya tutup tahun ini dengan satu tulisan terakhir pada minggu hadapan, izinkan saya berkongsi Framework Berjaya Dalam Freelance kepada awak.
Framework ini terbukti berkesan kepada diri saya sebagai seorang freelancer sepenuh masa bertahun lamanya.
Framework ini juga hasil daripada pemerhatian dan pengalaman saya yang telah disusun di dalam bentuk sebuah framework atau rangka kerja untuk awak bertindak segera.
Dan hari ini saya ingin kongsikannya secara percuma kepada awak.
Saya harap Framework Berjaya Dalam Freelance ini juga akan berkesan kepada awak sekiranya awak serius ingin menjana sekadar pendapatan sampingan atau pun sebagai sumber utama income awak.
1) Anggap Freelance Sebagai Satu Perniagaan
Ramai yang menganggap freelance hanya sebagai ‘kerja tepi’.
Tak salah kalau mereka memang benar-benar tak cukup masa dan tenaga.
Tapi akibat daripada ini terdapat tanggapan bahawa mereka hanya memberikan servis sambil lewa sahaja.
Kenapa klien merasakan begini?
Jawapannya kerana mereka bayar kita untuk buat kerja terbaik kita dan bantu mereka selesaikan masalah mereka.
Sebagai contoh, ramai kenalan saya merungut bahawa freelancers anggap servis mereka sebagai satu ‘kerja tepi’ yang mereka hanya fokus pada bila masa mereka inginkan sahaja.
Mereka ini hanya siapkan kerja yang dijanjikan last minute dan tak pernah nak update status kerja kepada klien.
Tapi ramai juga saya tengok freelancers seperti awak yang betul-betul komited nak bantu klien.
Bukan apa kerana saya risau apabila awak tak fokus dalam kerjaya freelance awak, hasil kerja awak pun tidak akan berada pada standard yang terbaik.
Kemudian, klien awak pun tak nak ambil servis awak lagi sebab tak berpuas hati dengan servis awak.
Ini antara contoh kenapa awak perlu melihat dunia freelance dari kaca mata sebuah perniagaan.
Bagaimana perniagaan menjalankan operasinya?
Setiap perniagaan bermula dengan menyelesaikan masalah pelanggan.
Pelanggan nak kelihatan cantik menawan? Awak selesaikan dengan barangan kosmetik.
Pelanggan nak kurus? Awak selesaikan dengan pil kurus.
Kemudian, perniagaan akan cuba sedaya upaya jalinkan hubungan yang erat dengan pelanggan sedia ada.
Mungkin pada hari raya akan ada ucapan selamat hari raya kepada kita.
Atau mungkin ada promosi perayaan yang ditawarkan kepada kita.
“Freelancers perlu berfikir sebagaimana usahawan perniagaan berfikir.”
Daripada satu perkara kepada perkara lain, awak cuba perhalusi apa saja perkara yang awak boleh bantu klien awak.
Bukan setakat tawarkan servis awak kepada mereka semata-mata.
Awak cuba untuk selesaikan masalah yang tidak dapat dilihat atau yang diberitahu oleh klien awak sahaja.
Saya pernah tulis mengenai ini dahulu.
Sebagai contoh, klien awak nak buat website.
Benar nyatanya masalah luaran klien awak.
Iaitu klien awak perlukan sebuah website.
Tapi apakah masalah dalaman yang sebenarnya klien ingin selesaikan?
Klien ingin kelihatan profesional, terima bayaran secara atas talian dan pengurusan tempahan pelanggan secara automatik.
Itulah masalah sebenar yang kita sebagai freelancer perlu selesaikan.
2) Dokumen, Dokumen & Dokumen
Sebagaimana perniagaan mendokumenkan segalanya, awak sebagai freelancer juga perlu mendokumenkan kerja awak.
Ada 2 jenis pendokumentasian di sini:
Dokumen hasil kerja → kongsi di media sosial dan senaraikannya dalam portfolio kerja awak → mudah untuk yakinkan bakal klien mengenai kredibiliti awak sebagai freelancer
Dokumen pengurusan kerja freelance seperti sebut harga, invois dan juga resit → klien akan bertambah yakin yang awak seorang profesional → sekiranya klien berpuas hati, besar kemungkinan klien akan perlukan servis awak lagi
Langkah kecil ini merupakan marginal benefits yang akan memberikan kesan positif kepada kerjaya freelance awak di masa akan datang.
Jangan mengeluh ketika melakukan dokumen, kerana saya pun begitu pada awalnya.
Anggap sahaja ianya satu pelaburan awak kepada pendapatan freelance awak.
Saya ada ulas lebih mendalam di tulisan terdahulu.
Tak ramai freelancers yang betul-betul dokumenkan segalanya.
Kalau awak berjaya dokumen walaupun sedikit, awak sudah beberapa langkah di hadapan.
Selalunya perkara ini akan memberikan faktor ‘WOW’ kepada bakal klien awak.
3) Pergi Di Mana Bakal Klien Berada
Seperti perniagaan, mereka selalunya akan cuba untuk promosikan produk atau servis mereka di mana bakal pelanggan mereka ada.
Contohnya, kebanyakan perniagaan sudah berada di TikTok kerana jumlah pengguna yang juga bakal pelanggan mereka amat ramai di TikTok.
Kita juga perlu berfikir sebagai satu perniagaan.
Benar kita boleh juga boleh hasilkan konten di media sosial seperti TikTok dan Twitter tapi adakah bakal klien kita nak tonton atau baca konten kita?
Jadi, apa yang kita boleh buat adalah hasilkan konten yang benar-benar tertumpu kepada permasalahan klien kita.
Contohnya, kongsikan konten seperti tips berkaitan logo & branding kalau awak seorang freelance logo designer.
Ada kemungkinan bakal klien awak akan ternampak konten awak ini dan dia akan berhubung dengan awak untuk belajar lebih lagi.
Kemudian bakal klien akan bertanyakan mengenai servis awak iaitu logo designing.
Tapi awak mungkin kurang aktif atau tidak ada masa untuk berada di media sosial.
Jadi, apa yang awak boleh buat?
Bina jaringan atau networking bersama freelancer & usahawan lain.
Percayalah banyak peluang ada sekiranya awak berada di dalam jaringan yang sama dengan mereka.
Daripada satu freelancer kepada freelancer lain.
Daripada satu usahawan kepada usahawan lain.
Besar kemungkinan awak tidak akan menang tangan nak terima semua tawaran kerja freelance yang ada.
Majoriti daripada tawaran servis freelance saya hadir daripada jaringan atau kenalan freelance dan usahawan yang saya kenali.
Dan saya tak perlu hard sell servis saya kepada mereka.
Cukuplah sekadar menjadi Go-To Person mereka bagi segala yang berkait dengan pembangunan sistem perniagaan bagi memudahkan mereka menguruskan perniagaan mereka.
Percayalah peluang itu amatlah banyak dan pintu-pintu ini akan mula terbuka kepada awak sekiranya awak benar-benar fahami dan praktikan 3 perkara pokok dalam Framework Berjaya Dalam Freelance ini.
Saya harap tulisan minggu ini dapat membantu awak untuk mengubah cara fikir awak menjadi seorang freelancer yang berjaya.
Semoga dipermudahkan, insya-Allah. Kita jumpa lagi pada minggu hadapan.
Kalau awak ada sebarang soalan atau perlukan bantuan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui NGL (anonymous)
Awak nak berjaya sebagai freelancer pada tahun 2024?
Awak bernasib baik kerana saya ingin tawarkan kepada awak kursus video saya dengan potongan harga tak masuk akal, iaitu sehingga 70%.
Saya juga sentuh beberapa aspek di dalam framework di atas dengan lebih terperinci seperti konsep ‘Value Ladder’ dan ‘Go-To Person’ di dalam kursus video ini.
⚠️ Harga kursus video ini akan dinaikkan pada bila-bila masa sahaja.
⚠️ Bonus-bonus PERCUMA juga akan dikurangkan pada bila-bila masa sahaja.
Jadi, dapatkannya sekarang sebelum terlambat.
Tawaran harga tak masuk akal ini hanya untuk awak kerana sudi meyokong dan menjadi sebahagian daripada komuniti Soloers pada tahun 2023.