Cara buat orang kenal kita sebagai freelancer
Langkah untuk menjadi go-to-person sekiranya mereka perlukan servis kita
Masa Bacaan: 3 minit
Saya pernah tulis dahulu 3 cara untuk dapatkan klien freelance pertama.
Tapi sebenarnya ada lagi satu cara agar orang akan cari kita sekiranya mereka memerlukan servis yang kita tawarkan.
Caranya adalah dengan memberikan nilai tambah (added value) kepada bakal klien kita atau pun kepada satu-satu komuniti terlebih dahulu.
Atau dengan erti kata lain, membantu mereka dengan masalah yang mereka ada sambil mempromosikan kebolehan yang awak ada.
Inilah yang saya lakukan masa awal-awal saya menjadi freelance sepenuh masa dulu.
Saya buat beberapa ‘tools’ untuk memudahkan komuniti di mana saya tawarkan servis freelance saya.
Kemudian, ramai yang bertanyakan saya mengenai servis web development saya di dalam komuniti tersebut.
Dari satu klien ke satu klien, kesemuanya hasil dari nilai tambah yang saya sudah berikan kepada mereka, secara percuma.
Itulah cara saya untuk position diri saya sebagai freelancer yang boleh membantu ahli komuniti itu.
Awak mungkin fikir cara ini lebih sesuai kerana saya ialah seorang developer.
Tapi sebenarnya, tak kisah pun apa pathway freelance yang awak lalui sekarang.
Awak juga boleh memberikan nilai tambah dan membantu mereka di komuniti awak.
Contohnya jika awak seorang digital marketer, awak boleh sediakan ebook atau 1:1 consultation kepada mana-mana perniagaan kecil sederhana (SMEs) yang ada masalah marketing atau mereka tak tahu nak mula dari mana.
Saya lebih prefer untuk hasilkan sesuatu yang tak memakan masa saya secara berterusan sekiranya saya perlu ulangi servis tersebut kepada orang ramai.
Jadi, saya buat tools yang boleh digunakan bila-bila masa tanpa perlu ada saya secara fizikal untuk membantu mereka.
Ini mungkin berbeza kalau awak nak tawarkan 1:1 call dengan bakal klien.
Bukan apa, sebab saya tahu masa saya terhad kepada 24 jam sehari dan dengan teknologi seperti code dan juga digital product, kita boleh bantu lebih ramai orang dalam masa yang singkat.
Kita juga tidak akan mudah burnt out sebab tak perlu bekerja 24 jam sehari.
Mungkin awak boleh cuba dengan memberi produk digital untuk membantu bakal klien awak.
Tapi 1:1 call ini ada bagusya.
Ianya bagus untuk membantu awak kenal pasti masalah bakal klien dan juga belajar cara untuk berbual dengan bakal klien.
Dan awak juga dapat belajar cara terbaik untuk selesaikan masalah mereka.
Dari situ akan wujud satu hubungan antara awak dengan mereka.
Dan mereka juga akan percaya awak di atas kebolehan awak dan juga keikhlasan awak untuk membantu mereka.
Memang nampak macam servis tidak berbayar,
Tetapi segala ilmu dan pengalaman yang awak dapat itu akan digandakan di masa hadapan, percayalah.
You have to give to be able to receive.
Dalam kursus video RM300 Pertama, saya ada juga sentuh 2 perkara penting ini iaitu giver mindset untuk position diri awak sebagai the go-to-person bakal klien awak.
Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya!
Ada soalan? Boleh hantarkan sebarang soalan awak di NGL atau reply ke emel ini.