3 cara untuk dapatkan klien freelance pertama
Buntu dalam mencari klien pertama sebagai pemula freelance?
Masa bacaan: 3 minit
Penting untuk kita dapatkan klien pertama dalam langkah awal kita di dalam dunia freelance.
Kerana klien pertama kita juga akan menjadi sebahagian daripada portfolio freelance kita dan juga peluang untuk dapatkan testimoni positif kita yang pertama.
Tapi ramai yang tanya saya di mana mereka boleh dapatkan klien mereka yang terawal.
Saya berharap tips minggu ini dapat memberi gambaran dan idea untuk awak cari klien yang pertama. Semoga maju jaya!
1) Keluarga, kawan dan kawan kepada kawan
Perkara ini mungkin kita terlepas pandang tapi kadang-kadang ada juga ahli keluarga, saudara kita yang memerlukan servis kita.
Seperti contoh saya masa di sekolah dulu, zaman Facebook baru nak naik dan semua perniagaan berduyun-duyun untuk buat Facebook page mereka sendiri.
Kebetulan pak cik saya ada usahakan perniagaan dan faham kepentingan digital marketing.
Jadi, pak cik saya pun upah saya untuk setupkan Facebook page beliau bersama bermacam-macam integration melalui tabs pada Facebook Page.
Masa aktif berforum dulu pun, ada seorang kenalan online upah saya buat landing page menggunakan blogspot dan kemudiannya integrate dengan borang digital untuk kumpul leads bagi perniagaan beliau.
Dulu, niat hanya nak tolong saudara dan kawan-kawan yang perlukan khidmat sedemikian.
Tapi secara tidak sengaja, saya sudah ‘menyelesaikan’ masalah yang mereka hadapi.
Dan kita sebagai freelancer tidak lari dari menyelesaikan masalah klien kita.
Kesimpulannya, tak mustahil untuk awak dapatkan kenalan rapat dulu sebagai klien pertama awak.
2) Media Sosial (Twitter, Facebook, Tiktok dsb)
Berkaitan media sosial, saya tekankan dalam Zero to Freelancer Roadmap berkenaan personal branding dan menjadi ‘go-to-person’ bagi satu-satu servis yang awak tawarkan.
Boleh dikatakan 90% dari klien saya sejak betul-betul aktif freelance semuanya datang dari kenalan media sosial.
Ada yang memang stranger (tak kenal langsung) dan ada juga yang memang selalu bersembang di media sosial dan kemudiannya jadi klien saya.
Nak jadi ‘go-to-person’ tak susah tapi untuk konsisten ‘menonjolkan diri’ itu yang susah.
Tapi kalau awak betul-betul serius nak buat income dengan freelance,
Kena mula hari ini juga.
Mula untuk kongsi apa yang awak buat (servis freelance) dengan cara-cara yang menarik perhatian orang dan juga untuk ‘lekatkan’ diri awak pada fikiran mereka.
Bila awak dah jadi orang pertama yang terlintas dalam fikiran mereka,
Percayalah yang mereka akan DM awak dulu bagi sebarang pertanyaan.
3) Platform Freelance (Fiverr, Upwork dsb)
Yang ini saya kurang mahir sedikit sebab memang tak pernah nak commit untuk explore sebab saya biased tentang persaingan di platform freelance.
Tapi tak salah untuk mencuba dan saya respek mereka yang bersaing di sana.
Setakat sebulan dua ini saja, saya dah jumpa beberapa rakan di Twitter yang berjaya untuk menjana income freelance menggunakan platform tersebut.
Cuma kena pastikan portfolio awak cantik dan betul-betul tunjukkan kemahiran awak terhadap sesuatu servis freelance yang ditawarkan.
Dan jangan lupa untuk baca / tonton video tutorial untuk menggunakan platform-platform ini kerana setiap platform ada cara untuk dapatkan job freelance tersendiri.
InshaAllah, rezeki awak sudah tertulis dan jangan putus asa.
Bonus Tip
Kadang-kadang kita segan atau tak pasti berapa nak charge masa awal-awal mula freelance.
Jadi berapa nak charge?
Awak boleh charge RM0.
Ya, tawarkan servis awak secara percuma sahaja dulu.
Kenapa percuma?
Kerana klien berikan ruang untuk awak belajar dan timba pengalaman awal.
Dan yang paling penting, kalau awak betul-betul deliver job freelance itu klien akan juga bagi testimoni positif untuk awak gunakan dalam promosi servis awak nanti.
Pastikan servis percuma yang diberikan ‘berbaloi’ dari segi masa dan tenaga awak.