Berapa Caj Upah Freelance & Teknik Kiraannya
Tak pasti berapa harga nak letak untuk caj upah freelance dan tak tahu teknik kira upah?
Masa Bacaan: 5 minit
Dalam e-mel newsletter sebelum ini saya pernah kongsikan kadar upah saya bagi setiap kerja freelance yang saya pernah dan akan jalankan.
Julat kadar yang dicaj kepada klien saya adalah daripada RM7,000 - RM36,000+ bergantung kepada kerumitan kerja tersebut.
Ramai juga yang terkejut sebab mereka tak sangka ada juga freelancer yang mampu jana jumlah sebegitu bagi satu-satu kerja freelance.
Saya juga ada selitkan tips untuk caj harga berbaloi kepada klien awak, jemput baca di bawah ini:
Namun begitu, rata-rata freelancers yang saya kenal masih tak pasti berapa harga yang mereka nak letak.
Masalahnya satu sahaja kerana mereka sendiri tak tahu berapa harga pasaran di luar sana.
Bila mereka tidak tahu, mereka juga takut untuk tawarkan harga berbaloi bagi mereka.
Kerana mereka takut yang klien mereka akan fikir terlampau mahal dan klien akan pergi ke freelancer yang tawarkan harga murah.
Jadi, bagi memudahkan freelancer seperti awak, saya bangunkan UpahFreelance untuk menyediakan satu ruang untuk tingkatkan ketelusan upah atau pay transparency antara freelancers.
Saya perlukan bantuan awak kerana masih tak cukup perkongsian kadar upah untuk kita dapatkan gambaran keseluruhan pasaran freelancer mengikut industri/niche awak.
Kongsikan kadar awak dan ajak rakan-rakan lain untuk turut sama berkongsi di UpahFreelance.
Setiap perkongsian juga adalah tanpa nama atau anonymous. Tidak perlu log masuk atau daftar akaun untuk kongsi upah.
Jenis Kiraan Caj Upah Freelance
Mengikut jam awak bekerja
Contohnya RM50 satu jam dan awak boleh siapkan kerja dalam masa 40 jam, jadi jumlahnya ialah RM2,000.
Mengikut nilai kerja freelance
Contohnya, awak hanya letakkan harga RM2,000 tanpa perlu beritahu berapa jam awak siapkan kerja tersebut, asalkan kerja siap!
Sebenarnya, saya sendiri tidak galakkan freelancer seperti awak untuk caj mengikut jam.
Ini adalah kerana saya fikir satu-satu skil awak yang sudah diasah hanya perlukan masa yang pendek untuk awak siapkannya.
Berbanding dengan mereka yang skil tidak sehebat awak, mungkin mereka perlukan masa yang lebih lama.
Jadi apakah jalan penyelesainnya?
Salah satunya adalah dengan meningkatkan kadar upah sejam awak.
Kalau dulu RM50, mungkin sekarang awak naikkannya ke RM250 iaitu gandaan 5.
Kalau dulu awak siapkan kerja 5 jam awak akan perolehi RM250, sekarang awak akan dapat RM1,250.
Tapi mungkin klien akan mula bandingkan kadar awak dengan freelancer lain walaupun awak boleh siapkan dalam tempoh sekejap sahaja.
Jadi, saya nak mudahkan awak decide berapa nak caj klien freelance dengan kongsikan teknik kiraan saya sendiri.
Teknik Kiraan Harga Caj Upah Freelance
Ada 3 langkah untuk awak tetapkan caj upah bagi kerja freelance awak.
1) Anggaran jam diperlukan untuk siap
Ada beberapa cara untuk awak anggarkan berapa jam diperlukan:
Rujuk kembali kerja sebelum ini dan agak-agak berapa jam awak peruntukkan
Tanya ChatGPT untuk kirakan jam diperlukan dengan nyatakan butiran spesifik / requirements daripada klien awak
Tanya freelancers lain di komuniti berapa lama mereka siapkan kerja yang sama
Saya lebih cenderung kepada cara kedua kerana saya boleh bagi segala maklumat kepada ChatGPT seperti apakah technology stack yang saya gunakan untuk AI kirakan bagi saya.
ChatGPT pun tak berapa betul kadang kala jadi awak kena double confirm dengan research dan agak-agak sendiri berapa jam diperlukan.
2) Anggaran nilai masa 1 jam awak
Nilai masa atau kadar sejam awak ini mungkin subjektif dan terpulang kepada awak nak tetapkan berapa.
Awak boleh rujuk kepada kadar freelancers lain di UpahFreelance.
Saya tetapkan harga saya RM100/jam kerana bagi saya berbaloi untuk saya fokus satu-satu klien pada satu masa.
Kadarnya juga tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
Alhamdulillah, lepaslah duit untuk hidup berbulan-bulan.
Masa yang awak peruntukkan bukan sahaja untuk siapkan kerja tapi untuk urus dokumen, berkomunikasi dengan klien dan sebagainya.
Pastikan awak rasa berbaloi dengan kadar satu jam awak kerana jika awak rasa berbaloi, awak juga akan dengan senang hati siapkan kerja dengan terbaik.
3) Tetapkan harga caj upah freelance
Contohnya, saya dah tanya AI dan dia kata yang saya kena peruntuk sekurangnya 100 jam untuk siapkan kerja saya.
Jadi 100 x RM100 = RM10,000.
Daripada RM10,000 ini awak perlu fikir balik berbaloi atau tidak untuk awak fikirkan tentang kerja ini dan segala kepayahan awak untuk siapkan kerja ini.
‘Fikirkan’ ini bermakna berbaloi dari aspek kapasiti mental awak.
Sebab kalau awak terima kerja freelance ini, awak kena sentiasa fikirkan kepentingan klien awak dan pastikannya berjalan lancar.
Sebagai freelancer, awak bukan sahaja perlu siapkan kerja tapi awak juga perlu urus jangkaan klien dan juga fikir untuk selesaikan masalah klien.
Sekiranya RM10,000 tidak mencukupi bagi kepayahan awak, awak bolehlah naikkan atau turunkan sekiranya awak fikir sebaliknya.
Saya harap tips kali ini dapat membantu awak untuk berani caj harga berbaloi bagi servis terbaik yang awak tawarkan!
Semoga berjaya, insya-Allah. Kita jumpa lagi pada minggu hadapan.
Kalau awak ada sebarang soalan atau perlukan bantuan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui NGL (anonymous)
Kalau awak dah bersedia untuk bertindak, ada 2 cara saya boleh membantu:
→ Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
Zero To Freelancer Roadmap: Belajar apa itu freelance, mindset seorang freelancer, 3 elemen penting freelance, 5 fasa dalam perjalanan freelance dan banyak lagi.
Freelancing For Dummies (kompilasi penulisan terdahulu)
Thread X yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
→ Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit sebulan:
Kursus Video RM300 Pertama: Belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.