Awasi 5 'red flag' bakal klien freelance
Kenali 5 perkara ini untuk elakkan diri awak terperangkap
Masa Bacaan: 4 minit
1) “Boleh bagi diskaun tak? Nanti akan ada banyak job lagi selepas ini.”
Bagi red flag pertama ini, ramai sebenarnya freelancers di luar sana yang sudah tahu.
Kerana ramai antara mereka yang sudah terkena.
Lagi-lagi kalau awak seorang freelancer untuk servis yang boleh dilakukan banyak kali.
Seperti contoh graphic design atau content writing.
Tak salah sebenarnya nak bagi diskaun.
Tapi awak perlu tahu yang kalau dari awal pun bakal klien dah mula minta diskaun, susah untuk kita naikkan harga di masa akan datang.
Dan selalunya mereka akan kata yang akan ada kerja tambahan untuk kita.
Berdasarkan pengalaman saya, hanya 1 dalam 5 orang klien yang cakap begini, yang betul-betul bagi kerja seterusnya.
Besar kemungkinan ianya mengikut industri dan servis awak juga.
Bagus untuk beri diskaun kalau awak baru nak mula.
Tapi kalau awak dah seorang freelancer berpengalaman, elakkanlah bermain dengan harga sangat.
Dan terus yakinkan bakal klien dengan value yang awak berikan kepada mereka.
Insya-Allah mereka akan terima harga yang awak tawarkan kerana ianya berbaloi dengan servis yang awak berikan.
2) “Senang sahaja nak buat ini, boleh siap satu atau dua hari ini?”
Red flag kedua ini akan terjadi kalau bakal klien awak tak faham proses kerja freelance awak atau menganggap semua yang awak lakukan ialah senang dan tidak mengambil masa.
Selalunya dalam sebut harga awal, saya akan terus nyatakan jadual kerja saya dan berapa lama tempoh kerja yang akan diperlukan untuk saya siapkannya.
Dan dalam jadual itu, saya akan tetapkan beberapa minggu tambahan sebagai buffer sekiranya ada masalah diluar jangkaan saya.
Sekiranya klien awak faham yang jadualnya panjang, mereka akan juga faham yang tidak senang untuk awak buat.
Dan sudah tentu ianya tidak boleh disiapkan dalam satu atau dua hari.
Boleh kalau klien nak cepat, tapi pastikan klien tahu yang mereka perlu bayar caj tambahan kerana nak kerja itu disiapkan dengan kadar segera.
3) “Nanti nak tambah XYZ boleh?”
Red flag yang ini bergantung kepada servis awak dan sekiranya skop kerja awal yang telah dipersetujui tidak betul-betul diperhalusi.
Besar kemungkinan klien tak tahu apa yang dia mahukan dan awak tidak bantu dia dengan menjelaskan skop kerja sepenuhnya semasa awak berikan invois.
Apabila ini berlaku, klien boleh minta apa sahaja daripada awak.
Dan awak pun perlu akur dengan segala permintaannya dan lebih memedihkan lagi, kadar bayaran awak tidak berubah.
Sekiranya awak di situasi ini sekarang, awak perlu gariskan skop kerja secara menyeluruh dan yakinkan klien bahawa skop kerja awak ini mampu selesaikan masalah dia.
Dan jika perlu, tolak atau tambah kadar bayaran awak setimpal dengan skop kerja yang baharu ini.
Kalau awak dah jelaskan skop kerja pada awalnya, awak boleh beritahu kepada klien yang caj tambahan akan dikenakan bagi tambahan skop kerja XYZ.
Dan klien juga akan faham kerana skop asal telah dijelaskan pada invois awal itu.
Tak salah nak dengar nasihat klien tetapi awak yang lebih berpengalaman dan tahu selok belok servis yang ditawarkan.
4) Komunikasi di luar waktu kerja atau hujung minggu
Red flag yang ini bergantung kepada cara awak bekerja dan saya lebih mementingkan komunikasi berlaku pada waktu kerja dan hari minggu sahaja.
Tapi sekiranya klien ada kecemasan, mereka tahu yang saya boleh dihubungi secepat mungkin.
Sebarang perkara yang tidak mendesak boleh tunggu pada hari Isnin, minggu seterusnya.
Kenapa saya tetapkan komunikasi sebegini?
Kerana saya mengutamakan masa yang diluang bersama keluarga di hujung minggu dan waktu rehat yang mencukupi pada malam hari.
Atau boleh jadi yang pada waktu malam hari minggu pun sebenarnya saya masih bekerja menyiapkan kerja klien itu.
Jadi, saya lebih utamakan fokus kerja saya pada malam hari minggu dan utamakan hujung minggu untuk rehat dan masa bersama keluarga.
Perkara ini perlu dijelaskan terlebih dahulu pada awalnya supaya awak tidak rasa terpaksa untuk berkomunikasi di luar waktu awak bekerja.
5) “Boleh set meeting esok?”
Jangan salah faham akan red flag yang ini.
Ini tidaklah bermakna yang kita lari atau elak untuk duduk bersama klien.
Tapi kadang-kadang majoriti daripada persoalan klien atau komunikasi bersama klien boleh diselesaikan melalui WhatsApp sahaja.
Tak perlu sampai nak jadualkan mesyuarat semata-mata satu atau dua perkara yang perlu dibincang tapi mampu diselesaikan dalam dua atau tiga replies di WhatsApp.
Ada sebab kenapa syarikat terkemuka di Amazon tidak galakkan mesyuarat yang tidak memerlukan.
Tapi kenapa tak bagus kalau ada mesyuarat selalu?
Sebabnya ialah terlampau banyak masa dibuang yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk kita lakukan kerja kita.
Setakat ini, boleh dikatakan semua orang yang saya kenali tidak gemar duduk di dalam mesyuarat.
Bagi mereka ianya hanya satu pembaziran masa dan hanya menjejaskan momentum produktiviti mereka semasa ingin fokus terhadap sesuatu kerja.
Jadi, sekiranya bakal klien awak selalu sangat nak jadualkan mesyuarat sampai dua tiga kali seminggu atau sekurang-kurangnya satu kali setiap minggu bersama awak,
Mungkin awak perlu tetapkan hanya perlu mesyuarat sekiranya ada situasi mendesak.
Dan awak juga boleh tetapkan update mingguan kepada klien pada hari dan waktu sekian.
Sekurang-kurangnya klien tahu status terkini kerja awak dan boleh tanya sekiranya ada apa-apa persoalan melalui WhatsApp sahaja.
Semoga maju jaya dan kita jumpa lagi pada minggu hadapan.
Kalau awak ada sebarang soalan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui NGL (anonymous)
Kalau awak dah bersedia untuk bertindak, ada 2 cara saya boleh membantu:
→ Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
Zero To Freelancer Roadmap: Belajar apa itu freelance, mindset seorang freelancer, 3 elemen penting freelance, 5 fasa dalam perjalanan freelance dan banyak lagi.
Penulisan terdahulu dan thread X yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
→ Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit sebulan:
Kursus Video RM300 Pertama: Belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.