Masa Bacaan: 18 minit
Kandungan:
Pengenalan
20 bulan yang lalu, saya berhenti kerja.
Jujur cakap saya memang tak tahu nak buat apa.
Dalam otak memang fikir nak mulakan perniagaan tapi tak tahu nak buat business apa.
Alhamdulillah ada simpanan sikit untuk tahan 6-12 bulan tanpa sebarang income.
Waktu itu komitmen masih rendah, tak macam sekarang.
Duduk rumah keluarga (saya bayar bil-bil yang mana patut) & masih belum berkahwin.
Tapi tipulah kalau saya cakap tak risau dengan masa depan sendiri.
Itulah siapa suruh berhenti tanpa ada pelan yang rapi.
Tapi saya tak nak give up.
Saya terus ke Google untuk cari buku apa patut saya baca untuk start a business dan untuk dapatkan idea buat business.
Tapi apakan daya buat beberapa business, semuanya tidak menjadi.
Ada lah untung sikit-sikit tapi rugi lagi banyak dari untung.
Saya buntu dan teruskan berdoa untuk pentunjuk dari Tuhan agar saya diberi ilham untuk mula cari jalan nak jana income, tak banyak pun jadilah.
Pada waktu yang sama, saya tahu peluang freelance ini wujud tapi memang tak tahu dan blur macam mana nak mula.
Tengok YouTube dan baca Reddit memang ramai orang di luar sana yang buat freelance pun dah boleh hidup.
Awal-awal dulu memang banyak langgar dinding tapi berbekalkan azam dan masa yang banyak (sebab tak kerja) saya terus mencari jalan dan fahami perjalanan freelancing itu sendiri.
Dan di sini saya ingin kongsikan bagaimana untuk menjadi freelancer dari zero, dari pengalaman kerdil saya bermula dari zero juga.
Saya tujukan khas kepada awak yang ingin menjadi freelancer.
Semoga ianya bermanfaat dan mohon jasa awak untuk sebarkan kepada yang lain.
Apa itu freelance?
Freelance atau pekerja bebas ini bermakna kita bekerja sendiri.
Income atau pendapatan yang kita perolehi adalah dengan memberi servis kepada client atau pelanggan kita.
Contoh servis adalah seperti:
Web & apps development
UI / UX design
Copywriting
Digital marketing
Graphic design
Mengajar
Penterjemahan
Apa jua bentuk servis kita boleh offer kepada orang
Bagaimana nak pilih jenis servis?
Servis yang kita nak offer adalah bergantung kepada skill dan juga minat kita.
Minat penting kalau kita tak ada skill tersebut tapi nak belajar.
Memang akan ambil masa dan kita akan buat mistake along the way tapi jika kita minat, inshaAllah kita akan berjaya harungi segalanya.
Minat awak akan menentukan pathway yang akan awak lalui.
Pathway bermaksud jalan yang kita akan tempuhi untuk belajar skill dan offer servis kita sebagai seorang freelancer.
Seperti saya, saya minat IT jadi saya pilih untuk buat website untuk client.
Awal-awal dulu saya ingat coding ini perlu ada degree dan susah sangat nak belajar.
Jadi dulu saya gunakan no-code tools seperti WordPress untuk buat website.
Tapi no-code ini ada limitation dan ada banyak benda yang client minta saya tak boleh buat.
Saya nekad untuk tambah skill baru dan belajar coding.
Sebab saya fikir dengan tambah skill, saya boleh offer lebih lagi kepada client.
Bila saya boleh kembangkan offer saya, saya boleh dibayar lebih tinggi dengan skill yang saya ada.
Lagi senang untuk belajar skill itu, lagi kuat saingan di pasaran kerana ramai orang akan ada skill tersebut yang akan bersaing dengan kita.
Ini juga bermakna lagi susah untuk kita tawarkan diri kita di pasaran nanti.
Tak menjadi masalah kalau minat awak lain dari saya dan awak nak explore pathway yang lain.
Asalkan kita minat dengan apa yang kita nak belajar dan dalami pathway tersebut.
Mindset seorang freelancer
Mindset atau cara berfikir ini penting untuk seorang freelancer.
Dan saya sentiasa cuba untuk improve mindset saya dari hari ke hari.
Ada yang saya belajar dari buku-buku dan juga video-video di YouTube.
Kenapa mindset ini penting?
Mempunyai mindset yang betul adalah batu asas kepada cara dan sebab kita melakukan sesuatu perkara.
Selesaikan masalah client
Seperti seorang usahawan, kita sebagai freelancer juga perlu selesaikan masalah besar (yang menyakitkan) bakal client kita dalam kehidupan seharian mereka.
Masalah besar ini selalunya berkait dengan 3 perkara iaitu kekayaan (wealth), kesihatan (health) atau hubungan (relationship).
Pastikan juga bakal client kita yang ada masalah tersebut sanggup untuk membayar kita untuk bantu mereka menyelesaikan masalah tersebut.
Kalau kita perasan ada ramai freelance diet coach atau fitness trainer.
Ini kerana masalah itu besar dan terkait dengan kesihatan (nak sihat, tak mahu ada darah tinggi) dan juga hubungan mereka (nak cari partner, nak kelihatan cantik di mata orang lain).
Dan orang seperti ini sanggup membayar RM yang tinggi untuk dapatkan khidmat trainer ini.
Perkara yang sama dari segi kekayaan kepada businesses.
Contohnya, web designer atau copywriter boleh buat web yang high conversion.
Convert di sini bermaksud menjadikan user yang masuk website itu sebagai pembeli.
Dan website ini akan meningkatkan keuntungan berlipat ganda kepada pemilik business tersebut.
Tak pelik kenapa ada freelancer yang dibayar mahal kerana mereka menyelesaikan masalah besar, setimpal dengan skill mereka.
Sekiranya masalah itu tidak cukup besar dan/atau bakal client tak sanggup dan/atau tak mampu bayar, susah untuk kita survive dan jual servis kita.
Dan lagi besar masalah kita selesaikan untuk client, lagi besar ganjaran yang kita akan perolehi.
Sentiasa belajar
Menjadi freelancer memerlukan semangat untuk belajar yang tinggi.
Lagi-lagi di awal perjalanan freelancing.
Ada yang tanya saya:
“Saya tak ada skill yang saya boleh jual.”
“Saya tak rasa saya boleh jana income sebagai seorang freelancer.”
Jawapan saya berdasarkan pengalaman saya ialah kita perlu belajar satu skill.
Banyak perkara dalam hidup ini kita boleh belajar dan ia juga termasuk skill baru yang kita boleh belajar.
Ramai mereka yang sudah berumur 30an mahupun 60an yang masih boleh belajar skill baru.
Ayah saya sendiri yang berumur 60an boleh belajar coding python dan juga belajar gunakan ChatGPT pada tahun ini.
Semuanya tidak mustahil.
Asalkan kita kurang memberi alasan dan fokus kepada apa yang nak dicapai.
Ianya mustahil kalau dari awal kita tak ada minat dan tidak bersemangat nak belajar.
Percayalah walau apa pun kita cuba usaha kalau awal-awal dah tak ada semangat, memang susah bila kita nak belajar benda baru.
Tapi saya faham, kadang-kadang kita rasa down dan keseorangan macam tak ada orang support kita atau kita lost tanpa ada hala tuju.
InshaAllah dengan adanya Soloers ini kita boleh belajar bersama-sama dan tak rasa sunyi belajar seorang diri.
Kualiti > Kuantiti
Memang kalau boleh kita nak ambil semua job yang ada untuk dapat income bagi bantu diri kita dan keluarga kita.
Tapi kalau kita tak boleh maintain kualiti servis kita,
Tak ada guna juga kalau kita boleh ambil semua job yang ada.
Ramai freelancer yang saya lihat cuba untuk ambil seberapa job yang boleh dalam satu-satu masa.
Dan kerisauan saya satu.
Kadang-kadang kita terlepas pandang salah satu job dan tak boleh tumpukan perhatian untuk semua job yang ada sekali gus.
Mindset kualiti > kuantiti ini penting kerana jika kita boleh deliver satu-satu job sebaik mungkin, akan ada job yang menunggu di masa akan datang untuk kita.
InshaAllah sampai kita tak menang tangan,
Dan terpaksa tolak job offer yang datang ke kita dan recommend kawan-kawan freelancer kita yang lain.
Tapi saya tak cakap salah kalau nak ambil job yang banyak juga.
Kalau kita jenis henyak 24 jam bekerja sehari mungkin boleh dipertimbangkan.
Lagi-lagi di awal perjalanan freelance bila kita nak bina portfolio kita untuk tunjuk ke bakal client kita.
Tapi jangan lupa luangkan masa bersama keluarga dan juga jaga kesihatan apabila pulun job-job yang banyak itu.
Dan pastikan kita maintain kualiti kerja kita walaupun buat banyak job dalam satu masa yang sama.
Penting untuk kita ukur badan sendiri sebelum ambil keputusan nak tambah client pada satu-satu masa.
Tiada jalan pintas (shortcut)
Menjadi freelancer bukanlah satu jalan pintas untuk jadi cepat kaya.
Tolong perbetulkan mindset ini sekiranya awak nak shortcut untuk kekayaan.
Freelance perlukan pelaburan masa dan usaha kita untuk betul-betul berjaya.
Kerana freelancing bukanlah skim cepat kaya.
Tak salah nak freelance untuk jana pendapatan.
Saya faham sebab saya awal-awal pun memang nak income dari freelancing.
Tapi yang kurang betul adalah dengan berfikir bawah kita boleh jana RM60,000 dalam masa 6 bulan pertama sebagai freelancer atau apa-apa imaginasi cepat kaya yang lain.
Kalau berjaya, alhamdulillah atas rezeki dan tahniah kerana anda adalah outlier.
InshaAllah dengan mindset terhadap kekayaan yang betul, kita boleh jana income sebagai freelance dan sekali gus kumpul duit untuk melabur aset atau run business kita sendiri nanti.
Pentingnya pengurusan kewangan peribadi
Kehidupan seorang freelancer boleh diibaratkan sebagai kais pagi makan pagi, kais malam makan malam kalau kita tidak tahu mengurus kewangan peribadi.
Betul, kita memang boleh jana income sebagai freelancer.
Tapi akan ada beberapa ketika income kita turun atau bulan itu memang tak ada job offer langsung.
Kalau kita boleh urus kewangan peribadi kita seperti kurangkan berbelanja kemahuan (wants) dan betul-betul jimat duit untuk beli benda yang perlu (needs) untuk hidup sahaja,
InshaAllah kita boleh sustain kehidupan kita sebagai freelancer.
Kepada yang yang baru nak mula urus kewangan peribadi, saya syorkan untuk mula track rekod perbelanjaan dan pendapatan awak guna Microsoft Excel atau guna apps seperti Doploh atau Spendee.
Ilmu pengurusan kewangan peribadi ini tidak terhad kepada freelancer sahaja, kalau ada keluarga atau kawan-kawan pun boleh kongsikan kepada mereka.
Nak urus kewangan peribadi ini nampak simple dan mudah tapi memerlukan disiplin dan consistency untuk terus istaqamah dalam mengurus kewangan kita.
Disebabkan benda ini sangatlah penting untuk freelancer, saya buat sendiri Doploh dan saya sendiri gunakannya untuk track income dan spending saya hingga ke hari ini.
Apabila kita tahu berapa komitmen bulanan kita,
Kita dah boleh agak berapa income yang kita perlukan untuk survive secara bulanan.
Seterusnya kita dah boleh tahu berapa jumlah simpanan (savings) yang kita perlukan.
Contohnya, komitmen saya termasuk hutang, bayaran loan dan juga apa-apa perbelanjaan yang mesti saya bayar dalam satu-satu bulan ialah RM4,000 setiap bulan.
Berdasarkan kiraan ini dan tahap risiko yang saya selesa, saya decide untuk jadikan savings saya kepada 6 bulan iaitu RM4,000 x 6 bulan = RM24,000.
Selain dari guna income dari kerja lain atau freelancing untuk bayar komitmen, saya juga simpan lebihan wang tadi ke dalam savings saya.
Jadi kalau ada apa-apa berlaku seperti tak ada income pada bulan itu atau sebarang kecemasan, saya boleh keluarkan savings saya.
Penting savings ini kerana ia akan mengurangkan pressure terhadap diri kita.
Kadang-kadang kita tanpa sengaja overthink atau pressure diri kita sampai kita stress dengan situasi kewangan kita.
Rasa macam dah tak ada jalan keluar dan rasa nak give up.
Dengan adanya savings yang mencukupi, kita boleh berfikir secara rasional tentang apa yang kita nak belajar dan offer service kita sebagai freelancer.
Bukan apa, kadang-kadang payment dari client masuk lambat masuk dan sebagainya.
Dan tiba-tiba kita short duit sebab payment lambat dan terpaksa keluarkan duit dari savings untuk bayar komitmen bulan itu.
Kesimpulannya, sekiranya dapat income dari freelancing,
Pastikan untuk simpan sedikit untuk savings supaya kita ada ‘lebihan masa’ untuk survive sebagai seorang freelancer.
Perlu resign / bila nak resign kerja hakiki?
Jawapannya tak perlu pun kalau baru nak start freelancing.
Saya resign sebab keadaan saya mengizinkan saya resign dan belajar untuk jadi freelancer.
Kalau kita tak mampu resign, tahan sekejap untuk mula jadi freelancer.
Selepas dah stabil dan income freelance dah boleh menyamai income kerja hakiki,
Baru fikir untuk resign dan focus freelance sepenuh masa atau tidak.
Yang paling penting adalah untuk tingkatkan simpanan kita dan sentiasa tingkatkan penguasaan skill freelance.
Berapa kadar RM untuk servis?
Penetapan kadar untuk servis freelance kita adalah berdasarkan beberapa faktor antaranya adalah seperti:
Berapakah harga servis seperti kita di pasaran sekarang?
Apakah nilai tambah yang kita beri kepada client selain dari servis kita?
Apakah sumbangan servis kita kepada keuntungan client?
Apakah nilai RM yang client kita budget kan untuk servis kita?
Belajar untuk kuasai ilmu sales (di bawah) bagi meningkatkan kadar kita sebagai freelance.
Dan jenis kadar untuk servis freelance selalunya terbahagi kepada dua:
Bayaran mengikut jam bekerja (manhour)
Dalam freelancing, kita boleh tawarkan rate kita berdasarkan berapa jumlah jam kita perlukan untuk menyiapkan job tersebut.
Pengiraan jenis ini terbaik jika client tak pasti apa sebenarnya yang mereka perlukan.
Dan sekiranya ada penambahan dari apa yang telah dipersetujui, kita boleh charge client berdasarkan berapa jumlah jam yang ditambah
Pengiraan jenis ini kurang baik kerana kita dihukum untuk menjadi cekap dan efisyen dalam kerja.
Contohnya, pengalaman kita membuatkan kita dapat bekerja dengan lebih laju.
Tapi disebabkan kiraan kadar adalah berdasarkan jumlah jam, kita terpaksa menjadi ‘slow’ atau berisiko untuk tidak mendapat jumlah RM yang setimpal.
Bayaran nilai keseluruhan
Kita juga boleh tawarkan rate kita secara nilai keseluruhan tanpa mengira jam.
Dan inilah yang saya gunakan sepanjang perjalanan freelance saya.
Pengiraan jenis ini terbaik kerana saya tidak dihukum menjadi efisysen malah menjadi lebih bermotivasi untuk memberikan yang terbaik.
Ini kerana jumlah RM yang dipersetujui selalunya berbaloi dengan usaha dan pengalaman saya sebagai seorang freelancer.
Pengiraan jenis ini kurang baik sekiranya client tidak pasti apa yang mereka inginkan dan selalunya saya akan pastikan client tahu atau KIV-kan apa yang mereka mahu dan masukkannya ke dalam sebutharga yang seterusnya.
Ini juga akan melancarkan proses pelaksanaan job tersebut dan client boleh decide apa yang mereka nak setelah job pertama tersebut siap.
3 elemen penting freelance
(1) Pemasaran (marketing)
Marketing ini penting kerana melalui marketing orang akan kenal kita sebagai freelancer dan akan tawar job-job freelancer yang ada.
Tak kiralah sama ada job untuk mereka atau referral daripada kenalan mereka.
Marketing ialah nadi kepada income kita sebagai freelancer.
Kalau kita handal dalam market kan diri kita, inshaAllah tak cukup tangan nak terima semua job yang ada dan kita kena pilih mana satu yang kita nak dahulukan.
Tanpa marketing, amat susah untuk kita jana income sebab tak ada orang nak offer kita freelance job.
2 taktik marketing berkesan
(a) Personal Branding
Sebagai seorang freelancer, client akan ambil risiko untuk hire kita bagi servis yang mereka perlukan.
Dan sebelum mereka nak ambil risiko, mereka perlu percaya kita dahulu.
Dan kepercayaan kepada kita datang dari credibility dan authority hasil dari personal branding kita sebagai freelancer.
Credibility → adakah kita boleh dipercayai dan ada track record bagus untuk deliver service dengan bagus dan tepat pada masanya?
Authority → adakah kita mempunyai skill dan pengalaman untuk deliver service yang client itu perlukan?
Banyak lagi elemen personal branding lain tapi sebagai permulaan, fokus 2 perkara ini untuk membolehkan client percaya terhadap kita dan servis yang kita tawarkan kepada mereka.
Untuk tunjukkan 2 elemen personal branding ini, kita perlu kemaskan media sosial kita untuk nampakkan imej professional kita.
Kita juga perlu tunjukkan yang kita adalah seorang yang boleh dipercayai dan mahir dalam apa yang kita tawarkan.
Contohnya, sebagai seorang web designer, kita boleh tunjuk screenshot website yang kita design di Twitter atau Facebook.
Tak kiralah untuk client terdahulu atau yang kita sedang lakukan sekarang.
(b) Platform Fiverr & Upwork
Ramai juga freelancer yang tawarkan servis mereka di 2 platform ini.
Pada pendapat saya, saingannya amat hebat dan sering kali kita kena berlawan siapa harga paling rendah untuk dapatkan job.
Tapi platform ini bagus untuk dapatkan pengalaman dalam memastikan kita betul-betul bersedia dengan skill yang kita ada untuk tawarkan kepada client.
Saya pernah cuba dahulu tapi tak betul-betul fokus di 2 platform ini.
Awak boleh cuba dulu dan kalau kena dengan pathway,
InshaAllah boleh dapat client juga.
(2) Jualan (sales)
Selain marketing, sales juga penting untuk menentukan sama ada kita boleh ‘close’ deal untuk satu-satu tawaran freelance tersebut atau tidak.
Selalunya client akan offer kita job atau tanya berkaitan servis kita.
Dan kita akan mula tanya apa yang client perlukan dan berapa tempoh masa yang dianggarkan.
Proses ini ialah proses perkenalan (introduction).
Kita ingin kenal siapa client yang kita akan bekerja bersama dan apa sebenarnya yang client perlukan.
Waktu ini juga kita boleh beri pandangan apakah jalan penyelesai yang terbaik untuk client.
Selepas kita dah tahu apa yang client nak secara jelas, kita juga akan tanya berapa anggaran jumlah yang akan dibayar sekiranya kita terima job tersebut.
Kalau client tak pasti berapa anggaran atau tanya kepada kita harga, kita boleh hantar sebutharga atau quotation berapa nilai RM yang kita rasa job tersebut bernilai.
Proses ini dinamakan sebagai proses rundingan (negotiations).
Kalau client ada nilai RM yang ditawarkan dan kita rasa harga yang ditawarkan tak berbaloi, akan berlaku rundingan harga berserta deposit yang client perlu bayar sebelum kita lakukan kerja.
Dan kalau kita tak betul-betul negotiate, besar kemungkinan kita tak boleh ‘close’ deal tersebut.
Kita akan counter-offer tersebut dengan quotation sewaktu proses rundingan ini.
Kalau berjaya, alhamdulillah income dah secured untuk kita berdasarkan jumlah deposit dan baki yang telah dipersetujui.
Kita akan send invois berserta kontrak/perjanjian untuk ditandatangi kedua-dua pihak.
Kita dah boleh lock tarikh dan deliver job tersebut dengan jayanya.
Dalam sales juga kita akan belajar untuk mengurus client dan expectation mereka.
Contohnya, kita ada client yang minta kita design kan logo untuk mereka.
Bila kita dah siap logo, mereka suruh ubah itu ini sampai 2-3 bulan lamanya.
Lepas dah siap logo, mereka minta kita design poster pula.
Ini dinamakan ‘scope creep’ dimana skop kerja kita telah ditambah tidak seperti yang dijanjikan dalam invois dan kontrak masa awal-awal kita sign deal dulu.
Amat penting untuk kita urus client dan juga jangkaan mereka terhadap masa dan tenaga kita sebagai freelancer.
(3) Operasi (operations)
Operasi freelancing kita ini terbahagi kepada 2 iaitu:
Pengurusan (administration)
Sebagai freelancer, kita perlu cekap dalam menguruskan dokumen dan juga menguruskan job yang kita ada.
Seperti contoh menguruskan dokumen invois dan kontrak untuk dihantar ke dan dokumen yang diterima dari client.
Kita juga perlu mengurus jadual kita sebagai freelancer supaya tidak bertindih dan akhirnya kita gagal untuk deliver job itu dengan baik.
Selain itu, kita juga perlu mengurus kewangan bagi hal-hal seperti zakat pendapatan/perniagaan dan juga pelaporan percukaian kita sebagai freelancer.
Kita perlu daftar syarikat Enterprise dan juga simpan dokumen berkaitan perbelanjaan kita untuk tujuan laporan percukaian.
Pengurusan kewangan juga penting untuk kelangsungan kewangan kita sebagai freelancer.
Contohnya, kalau kita tak track berapa income yang kita dapat, kita juga tak boleh nak anggar berapa income kita di masa akan datang.
Dan ini akan menyebabkan kita stress dan mudah putus asa sebagai seorang freelancer.
Penghantaran (delivery)
Job delivery adalah penting dalam aspek operasi freelance.
Di sini kita akan pastikan segala yang kita buat adalah yang terbaik demi memastikan segala wang ringgit yang client belanjakan adalah berbaloi.
Sebelum hantar ke client, pastikan kita test dulu (kalau applicable) dan semak secara detail hasil kerja kita.
Kerja kita kena tip-top kerana client yang berpuas hati akan datang lagi kepada kita kerana mereka dah percaya kepada kita dan hasil kerja kita.
Client juga dengan senang hati akan refer kita kepada kenalan mereka.
InshaAllah rezeki tidak akan putus dan job freelance pasti akan ada untuk kita.
5 fasa dalam perjalanan freelance
Sepanjang perjalanan saya sebagai seorang freelancer, saya dapati ada 5 fasa utama yang akan kita tempuhi.
Tempoh masa yang dicadangkan mungkin akan berbeza mengikut pathway yang awak pilih
Tempoh masa itu juga bergantung dengan masa dan tenaga yang awak sanggup luangkan untuk menjadi seorang freelancer.
Fasa 1: Penetapan pathway
Tempoh masa: 1-2 bulan (3 bulan maksimum)
Fasa penetapan pathway ini akan penuh dengan try and error.
Kita akan cuba banyak pathway dan lihat sekiranya kita berminat untuk belajar skill dan tawarkan skill tersebut sebagai freelance.
Fasa 2: Tempoh pembelajaraan
Tempoh masa: 1-3 bulan (6 bulan maksimum)
Dalam fasa ini kita akan fokus sehabis boleh untuk belajar perkara asas bagi membolehkan kita deliver job kepada client.
Banyak masa akan diluangkan untuk membaca / tengok video tutorial bagi skill yang kita perlukan.
Kita juga akan cuba untuk buat real-life projects untuk test skill kita sebagaimana kita deliver job kepada client kita.
Lebihkan masa untuk buat project daripada baca/tengok video.
Fasa 3: Mencari 5 klien yang pertama
Tempoh masa: 1-2 bulan maksimum
Dalam fasa ini kita akan berusaha untuk perkenalkan diri kita sebagai freelancer di dalam circle atau network kita.
Kita akan mula promosikan servis kita untuk dapatkan 5 client pertama kita.
Kita akan tonjolkan sisi profesional kita sebagai freelancer di media sosial dan upload content-content berkaitan servis kita.
Ini adalah untuk menarik minat potential client kita dan juga kenalan kita terhadap apa yang kita buat.
Mereka akan mula hubungi kita untuk tanya apa servis yang kita tawarkan.
Dalam fasa ini juga kita akan cuba approach bakal client kita dan offer mereka servis kita.
Cuba untuk tetapkan kadar yang rendah, cukup-cukup makan bagi diri kita dan terima job sebagai pengalaman dan proses pembelajaran.
Kalau boleh offer servis secara percuma lagi baik, expectation client akan jadi rendah dan kita boleh over-deliver job tersebut untuk dapatkan testimoni yang bagus.
Selepas kita deliver job itu sebaik yang mungkin, kita mohon referral dan testimoni dari client kita supaya kita boleh tambahkan keyakinan bakal client untuk hire kita.
Sekiranya kita rasa job tersebut terlalu susah untuk kita atau di luar bidang kita, recommend kawan-kawan freelancer yang lain yang kita yakin boleh deliver.
Percayalah, yang mereka juga akan recommend kita kepada client mereka sekiranya mereka di situasi yang sama.
Fasa 4: Jalan semakin terang
Tempoh masa: 6-12 bulan maksimum
Kita dah lalui 5 client yang pertama dan dengan setiap client, kita belajar benda baru.
Kita perkemaskan marketing, sales dan operations freelance kita.
Kita kembangkan jenis tawaran (offerings) yang kita boleh offer kepada client agar kita boleh tingkatkan nilai servis kita kepada client.
Ini sekali gus akan meningkatkan income kita.
Income kita dah mula ada.
Kita dah rasa happy & akan kurang stress dengan situasi kewangan kita.
Dalam fasa ini, banyakkan menyimpan lebihan wang dan urus kewangan peribadi agar kita tak terlebih selesa dengan income yang ada sekarang.
Kita juga fokuskan untuk susun lebih banyak job di masa akan datang supaya income kita menjadi lebih predictable dan tidak terlalu volatile (tersangat rendah di satu bulan dan tersangat tinggi di bulan seterusnya).
Kita tumpukan pengumpulan ‘leads’ (potential clients) dengan bereksperimen dengan pengiklanan di sosial media atau teknik marketing yang lain.
Fasa 5: Matang
Tempoh masa: Tiada
Alhamdulillah dan tahniah sekiranya awak berjaya survive hingga ke fasa ini.
Dalam fasa ini, kita akan dapat job offer lagi banyak daripada yang kita mampu lakukan.
Tak menang tangan nak accept semua job offer yang ada.
Kita mula recommend kepada kawan-kawan freelancer yang lain.
Kita mula untuk memilih client kita dengan lebih teliti dan jenis job yang ditawarkan.
Kita juga boleh meletakkan harga tinggi berdasarkan pengalaman dan nilai tambah yang kita berikan kepada client.
Kita dah boleh decide untuk tumpu kepada freelancing sepenuh masa.
Atau mula menjadi pemilik ‘agency’ dengan hire staff/freelancer lain untuk ambil alih kerja yang kita buat.
Antara tweet yang boleh membantu awak
Kalau awak dah bersedia, ada 2 cara saya boleh membantu:
Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
→ Penulisan terdahulu dan thread Twitter yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit:
→ Kursus Video RM300 Pertama: Ilmu A-Z untuk awak dapatkan klien freelance pertama dan seterusnya, mula menjana income.
Antaranya ialah belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.
Sekiranya terdapat sebarang soalan, boleh ajukan di NGL atau Twitter saya.
InshaAllah saya cuba bantu semampu yang boleh.
Jika tulisan ini bermanfaat buat awak, jangan lupa kongsikan juga kepada yang lain.