Podcast: Freelancing lagi berbaloi dari kerja biasa?
Jemputan podcast bersama Palatao Show mengenai kisah saya bermula sebagai seorang freelancer, pengalaman mengurus klien dan kewangan sendiri
Pada minggu lepas, saya dijemput oleh saudara Azhar dari Palatao Show mengenai kisah saya sebagai seorang freelancer. Terima kasih kepada Palatao Show.
Saya juga sentuh beberapa perkara mengenai freelance iaitu cara bermula, kestabilan income sebagai freelancer, mengurus expectation client dan lain-lain lagi.
Jemput tengok melalui YouTube di atas atau melalui Spotify di bawah.
BANTU SAYA DAN FREELANCERS BARU YANG LAIN
Saya sedang dalam proses untuk menyiapkan self-paced course ‘RM300 Pertama’.
Jadi, awak akan boleh tonton ‘RM300 Pertama’ mengikut kesesuaian waktu sendiri.
Tapi saya perlukan bantuan awak untuk kongsikan kepada saya apakah 2 soalan terpenting yang awak rasa saya perlu jawab dalam course 'RM300 Pertama' ini.
Dengan jawapan awak, saya boleh tambah baik content course ini dan ini juga akan membantu pemula freelance lain di luar sana.
Terima kasih kepada yang sudi jawab minggu lepas dan ini adalah antara soalan-soalan yang saya terima:
1.Apakah beza gambaran sebelum tuan menjadi freelance dan realiti sebenar menjadi freelance sehingga sekarang?
2.Apakah cabaran-cabaran yang perlu dihadapi semasa ingin berjinak dalam freelance dan ketika telah berada dalam dunia freelance?
1) step by step become a freelancer
2) cara deal dgn customer dan basic calculation/formula untuk letak pricing
1. Sistem yang perlu ada sebelum mula freelancing. Contohnya invoicing system dan payment system. Macamana nak buat dan apa cara yang betul?
2. Perlu buat contract? Kalau perlu, macamana cara dia?
Tapi saya tahu ada lagi soalan yang masih belum terjawab.
Jadi, sila hantarkan soalan awak untuk bantu saya dan freelancers baru yang lain.