Masa Bacaan: 3 Minit
Bermulanya sebuah kisah seorang freelancer yang gagal.
Nak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang bernama Amir (bukan nama sebenar).
Amir seorang pekerja 9-5 di pejabat yang berumur 27 tahun.
Kiranya, ramai kawan Amir sudah mula mendirikan rumah tangga.
Amir juga berniat untuk berbuat demikian dalam setahun dua ini.
Tapi Amir ada satu cabaran besar.
Gaji yang dibayar kepada Amir tidaklah sebesar mana.
Maklumlah, Amir memang tinggal di Kuala Lumpur walaupun menyewa sahaja.
Tapi disebabkan perbelanjaan pengangkutan serta makan dan minum, baki akaun bank Amir pada pertengahan bulan hanya tinggal beberapa puluh ringgit sahaja.
Kadang-kadang terpaksa berhutang guna kad kredit.
Tapi Amir nekad untuk mengumpulkan duit simpanan untuk perkahwinannya.
Dan pada suatu hari, Amir ternampak di X yang ada beberapa orang yang memulakan perniagaan tanpa modal.
Amir rasa tertarik dan ingin belajar lebih mendalam tentang perniagaan ini.
Setelah beberapa hari membaca kisah-kisah mereka, Amir mula nampak ada sinar harapan untuk dia mengatasi cabaran besarnya.
Amir rasa yakin untuk memulakan perniagaan ini.
Atau sebenarnya, yakin untuk menawarkan servis sebagai seorang freelancer.
Amir pun memulakan langkah pertamanya.
Kebetulan dia memang seorang graphic designer di tempat kerjanya.
Jadi, Amir ingin menawarkan khidmatnya sebagai seorang freelance graphic designer.
Amir pun hasilkan satu poster berkaitan servisnya.
Poster itu juga termasuk senarai panjang apa-apa bentuk yang Amir boleh tawarkan kepada bakal kliennya.
Amir pun share kan poster itu di X dan di bermacam-macam Facebook Group.
Tapi selang sehari dua, Amir rasa pelik kerana tiada orang yang PM dia.
Amir lihat semula postingnya di X dan juga di Facebook Group,
Ya, memang posting itu berjaya dihantar tapi kenapa tiada seorang pun yang hantarkan mesej kepada dia.
Selang seminggu, masih tiada.
Amir mula rasa gelisah dan seperti sudah tiada harapan.
Di dalam hatinya dia berkata,
Mesti orang di X itu tipu sahaja sebab aku dah tawarkan servis tapi tiada pun orang yang mesej berminat dengan servis aku.
Akhirnya, Amir pun berputus asa dan terus mencari apa lagi perkara yang dia boleh lakukan untuk menambah pendapatannya.
Walaupun begitu, kisah Amir seorang freelancer yang gagal ini tidaklah begitu selamanya.
Sekiranya Amir belajar dan betul-betul kaji bagaimana mereka di X itu mempromosikan tawaran mereka, pasti Amir juga akan mendapat satu dua klien.
Tapi disebabkan Amir ingin mendapatkan klien dalam masa seminggu tanpa jaringan perniagaan dan portfolio yang hebat, sudah tentu ianya tidak akan berjaya.
Awak pun sendiri tahu yang tiada jalan mudah untuk berjaya.
Bukan senang untuk senang.
Tapi sebenarnya, ada ramai orang seperti Amir di luar sana.
Post sekali dengan harapan ada barisan klien yang menunggu untuk bayar.
Lihat saja berapa tahun Khairul Aming (KA) perlukan bagi TikTok Live yang menjana jutaan ringgit dalam masa 3 minit.
8 tahun yang beliau perlukan.
8 tahun pengorbanan untuk membina personal branding beliau.
Jadi, siapa kita ini yang tidaklah sehebat KA tapi ingin mendapatkan kejayaan dalam sekelip mata?
Kalau awak pembaca setia Soloers, awak pasti pernah baca pelbagai tips daripada teknik berkongsi di media sosial untuk promosikan servis/diri awak hinggalah ke ‘closing’ bakal klien awak.
Tapi sayangnya, ramai yang hanya baca sedikit dan hanya ‘mencelup’ kaki di dunia freelancing.
Kemudian apabila dia gagal untuk mendapat seorang klien, terus putus asa dan mula menyalahkan orang lain.
Ketahuilah yang kejayaan itu tidak akan datang tanpa pengorbanan awak.
Tapi apabila ianya datang kepada awak, pasti awak akan rasai kemanisannya!
Semoga kisah ini dapat memberi sedikit suntikan motivasi ke dalam karier awak sebagai seorang freelancer.
Insya-Allah, setiap pahit getir yang awak lalui akan diberikan balasan setimpal.
Semoga kita berjumpa lagi pada minggu hadapan.
Kalau awak ada sebarang soalan atau perlukan bantuan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui NGL (anonymous)
Kalau awak dah bersedia untuk bertindak, ada 2 cara saya boleh membantu:
→ Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
Zero To Freelancer Roadmap: Belajar apa itu freelance, mindset seorang freelancer, 3 elemen penting freelance, 5 fasa dalam perjalanan freelance dan banyak lagi.
Freelancing For Dummies (kompilasi penulisan terdahulu)
Thread X yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
→ Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit sebulan:
Kursus Video RM300 Pertama: Belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.