Awak Selalu 'Stuck' Apabila Bercakap Dengan Klien Freelance?
Tak pasti bagaimana nak reply kepada pertanyaan klien?
Masa Bacaan: 3 Minit
Awak selalu ‘stuck’ apabila klien tanya soalan tertentu?
Contohnya, ada seorang bakal klien awak yang tanya mengenai sesuatu yang awak tak tahu tapi kalau awak cakap ‘tak tahu’, pasti ianya nampak yang awak ini kurang profesional dan berpengalaman.
Saya pernah berada di situasi ini beberapa kali.
Dan ianya normal, termasuklah kepada freelancer-freelancer yang berpengalaman.
Antara jawapan saya ialah:
‘Oh, saya pernah dengar ini tapi tak pernah buat sendiri. Saya boleh explore sekiranya tuan/puan perlukan perkara ini.
Jawapan ini bukanlah suatu tipu helah.
Kalau awak tak pernah dengar, hanya cakap tak pernah dengar.
Tapi pastikan ada tindakan susulan daripada jawapan awak.
Perkara pokok di sini ialah apakah tindakan awak untuk memenuhi jangkaan klien itu tadi.
Awak juga boleh cakap yang awak akan kenal pasti apa perkara itu dan akan get back kepada klien tadi.
Dan selalunya ada juga bakal klien awak yang akan minta diskaun.
Tapi awak fikir harga dah murah, tak akan nak bagi diskaun lagi.
Jadi apa yang awak akan reply kepada klien awak?
Antaranya ialah:
Harga asal untuk servis/pakej ini sebenarnya lebih mahal pada RMXX tapi saya dah masukkan diskaun sekali. Kalau tuan/puan nak pakej lagi murah pun boleh tapi kena tolak beberapa perkara daripada pakej ini.
Ini antara contoh jawapan yang menunjukkan bukan kita yang ‘jual mahal’ tapi kita sebenarnya nak counter offer kepada harga klien kita.
Tapi sudah tentu kita terpaksa kurangkan elemen kepada tawaran servis kita.
Namun begitu, kalau harga yang diturunkan akan menjadi terlampau rendah, awak perlu fikir nak terima atau tidak.
Sebab selain daripada masa awak buat kerja freelance itu ada lagi 1 perkara.
Perkara ini ialah mental capacity awak untuk berfikir mengenai satu-satu kerja itu.
Apa yang selalu saya buat ialah saya akan refer kepada freelancers lain yang saya kenal.
Sebenarnya, bukan saya tak nak tolong klien ini kalau harganya rendah sangat.
Saya ingin tolong klien tetapi melalui cara menghubungkan klien dengan freelancer lain.
Jadi, sekiranya klien tawar harga rendah sangat, tak perlulah awak nak reject klien awak secara keras.
Sekurang-kurangnya klien itu kenali awak dan kebolehan awak.
Boleh jadi yang klien itu akan hubungi awak untuk kerja seterusnya sekiranya awak berjaya bantu dia untuk selesaikan masalah dia.
Jadi, sebelum saya akhiri tulisan ini, izinkan saya untuk mengenali siapa dan apa yang awak tawarkan.
Insya-Allah jika ada kerja freelance yang boleh disalurkan kepada awak, saya akan hubungi awak.
Dan saya pasti yang ada banyak lagi soalan-soalan yang selalunya membuatkan freelancer berhenti berfikir sejenak nak reply bagaimana.
Jadi, saya juga ingin berikan peluang kepada awak untuk hantarkan soalan-soalan yang awak selalu stuck kepada saya.
Saya akan ulas dan kongsikan teknik menjawab ini di dalam video 'Seni Bercakap Dengan Bakal Klien'.
Reply ke e-mel ini dengan:
Menyatakan nama, akaun Twitter, servis (bidang) & pengalaman awak
Soalan yang awak ingin saya ulas dan kongsikan jawapan
Semoga kita berjumpa lagi pada minggu hadapan.
Kalau awak dah bersedia untuk bertindak, ada 2 cara saya boleh membantu:
→ Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
Zero To Freelancer Roadmap: Belajar apa itu freelance, mindset seorang freelancer, 3 elemen penting freelance, 5 fasa dalam perjalanan freelance dan banyak lagi.
Freelancing For Dummies (kompilasi penulisan terdahulu)
Thread X yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
→ Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit sebulan:
Kursus Video RM300 Pertama: Belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.