Awak ada apa-apa yang 'percuma'?
Bagaimana awak boleh menggunakan teknik peniaga di luar sana sebagai seorang freelancer
Masa Bacaan: 4 Minit
Kalau saya beli daripada awak, ada hadiah percuma yang saya akan dapat?
Pembeli amat gemarkan hadiah percuma.
Ya, termasuk juga saya dan sudah tentunya awak.
Awak perasan tak kalau di TikTok Live dan juga di Shopee, lagi banyak hadiah percuma, lagi besar kemungkinan orang akan beli daripada peniaga itu.
Walaupun produk yang sama dijual dan harga lebih kurang sama,
Peniaga yang memberikan hadiah yang lebih (atau pun asalkan ada) sudah cukup untuk mempengaruhi keputusan pembeli.
Jadi, dalam newsletter Soloers untuk minggu ini saya ingin berkongsi 3 tips sekiranya awak masih belum menggunakan teknik ini.
1) Tawarkan hadiah percuma dalam servis freelance awak
Banyak perkara yang awak perlu lakukan dalam menyiapkan servis freelance awak.
Pada awak mungkin benda itu mudah dan senang sahaja nak dibuat,
Tapi pada klien awak, mungkin ianya satu perkara yang susah dan melecehkan.
Jadi, awak boleh sertakan perkara ini sebagai satu benda yang percuma di dalam servis awak.
Untuk permulaan, awak boleh mula senaraikan apa sahaja yang orang lain ‘jual’ di luar sana tapi awak ubah sedikit.
Awak masukkan perkara itu sebagai satu hadiah percuma di dalam pakej servis freelance awak.
Dengan satu perubahan kecil ini, awak boleh lihat peningkatan klien yang akan bersetuju dengan servis awak.
Nota 1:
Pastikan tawaran pakej berpatutan dan diri awak meyakinkan juga. Kalau tidak meyakinkan, klien akan susah untuk katakan ‘ya’ kepada awak.
Nota 2:
Pastikan juga perkara percuma ini bernilai di mata klien dan dia nampak yang dia sebenarnya dapat berjimat atau dapat lebih banyak manfaat daripada awak.
2) Nyatakan ia sebagai hadiah percuma
Misalnya, kebanyakan web designer akan sertakan sekali domain dan hosting dalam pakej mereka.
Tapi mereka akan nyatakan yang domain dan hosting ialah percuma.
Tak perlu nak cakap yang ianya sudah termasuk dalam harga, cukuplah dengan menyatakan ianya percuma.
Biarkan klien nampak ‘harga’ servis awak terletak pada nilai kerja awak.
Dan bukannya pada kos servis awak untuk beli domain dan hosting.
Mungkin awak boleh tawarkan sesi konsultasi percuma kepada klien terlebih dahulu.
Atau tawarkan pemasangan plugin yang klien ingin pakai walaupun tidak termasuk dalam pakej awak.
3) Tawarkan ia dengan syarat
Boleh jadi juga awak ada satu pakej yang bergantung pada satu-satu tempoh masa.
Contohnya, awak bantu klien untuk uruskan media sosial dia atau pun awak uruskan pengiklanan peniagaan dia,
Awak boleh tawarkan sesuatu secara percuma dengan syarat klien bersetuju untuk ambil servis awak untuk tempoh masa yang lebih panjang.
Antara hadiah percuma yang boleh awak tawarkan adalah seperti:
Percuma blueprint untuk jana konten ‘viral’
Percuma e-book untuk buat hook 5 saat
Percuma video copywriting untuk caption di media sosial
Perkara-perkara di atas ini akan mempengaruhi keputusan klien dalam berkira-kira untuk memilih pakej yang awak tawarkan.
Tak semestinya semua perlu bergantung pada harga yang awak tawarkan semata-mata.
Mula lihat pakej yang awak tawarkan dari kaca mata kreatif dan klien akan susah untuk katakan ‘tidak’ kepada awak!
Akhir sekali, semoga 3 tips bagi minggu ini dapat membantu awak sebagai seorang freelancer, insya-Allah.
Kita jumpa lagi pada minggu hadapan.
Kalau awak ada sebarang soalan atau perlukan bantuan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui NGL (anonymous)
Akhirnya! Freelance OS telah dibuka kepada early access.
Awak boleh daftar di Freelance OS menggunakan e-mel yang sama awak gunakan di Soloers, melalui pautan di bawah:
Atau awak boleh klik pautan ini.
Kalau awak tidak ada akaun Soloers sebelum ini, awak juga boleh hubungi saya untuk dapatkan akses terhad percuma.
Kalau awak dah bersedia untuk bertindak, ada 2 cara saya boleh membantu:
→ Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
Zero To Freelancer Roadmap: Belajar apa itu freelance, mindset seorang freelancer, 3 elemen penting freelance, 5 fasa dalam perjalanan freelance dan banyak lagi.
Freelancing For Dummies (kompilasi penulisan terdahulu)
Thread X yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
→ Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit sebulan:
Kursus Video RM300 Pertama: Belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.