Masa Bacaan: 5 Minit
Dalam Freelancing For Dummies saya ada senaraikan cara pemasaran atau marketing bagi seorang freelancer.
Tapi saya perasan yang tak ramai nak bertindak dan mula kongsikan hasil kerja dan skil mereka sebagai seorang freelancer di media sosial.
Saya sedih kerana sebenarnya mereka dalam kerugian.
Rugi kerana mensia-siakan peluang yang terhidang di depan mata.
Rugi kerana tidak menggunakan kuasa tersembunyi seorang freelancer.
Tapi kenapa saya katakan begini?
Kerana seperti saya tulis dulu, freelance lebih kepada menjual servis awak.
Ya, betul memang saya tekankan juga kepentingan untuk memberikan yang terbaik dalam setiap servis kita.
Tapi kita kena ingat yang kita perlu juga menjual di luar sana.
Ramai yang mengeluh kerana tiada klien dan tiada orang yang tanya mereka tentang servis mereka.
Dan mungkin awak juga sebahagian daripada mereka.
Tapi sebab itu awak tidak boleh berhenti berkongsi di media sosial.
Majoriti freelancers yang saya kenal dapat penuhkan jadual mereka berbulan lamanya.
Sebabnya? Kerana mereka sentiasa berkongsi sesuatu setiap hari.
Dan awak juga mungkin dah tahu sebab kenapa awak perlu berkongsi di media sosial.
Jadi, untuk minggu ini saya ingin kongsikan 2 kisah hasil daripada pengalaman saya sendiri.
Kisah Pertama: Setuju Tanpa Rundingan Harga
Ekoran perkongsian saya di Twitter, ada bakal klien saya iaitu Encik X yang hanya memerhatikan saya dari jauh sebelum approach saya.
Encik X ini memang sudah kenali saya melalui kawan dia (saya tanya kepada dia bagaimana dia tahu kewujudan saya) tapi dia masih belum yakin dan tak pasti sama ada saya ini boleh dipercayai atau tidak.
Tips:
Berikan servis terbaik → klien akan recommend awak kepada orang lain → Bakal klien lebih senang nak percaya awak melalui orang yang mereka kenali.
Tapi hanya disebabkan ada satu dua post saya di Twitter, Encik X ini menjadi yakin dan terus tanya berkaitan servis saya.
Pada awalnya, seperti biasa saya ada beberapa soalan untuk saya filter bakal klien yang sesuai dengan saya.
Satu per satu saya tanya kepada dia dan Encik X juga tanyakan soalan-soalan (lebih kepada skil teknikal) kepada saya.
Kiranya Encik X ini memang serius nak ambil servis saya tapi dia nak pastikan saya benar-benar boleh lakukan servis itu.
Tapi selepas Encik X berpuas hati dengan jawapan saya, dia terus minta saya hantarkan sebut harga.
Dan selepas saya hantarkan sebut harga, Encik X terus bersetuju tanpa sebarang rundingan.
Kiranya, dia terima sahaja harga yang saya tetapkan dalam sebut harga pertama.
Terkejut juga saya.
Sebab saya tahu harga saya memang 2-3 kali ganda lebih mahal daripada harga pasaran.
Tapi saya fikirkan kalau saya tidak berkongsi di Twitter, pasti proses ini akan menjadi lebih rumit dan tidak selaju yang disangka.
Proses ini mengambil masa tak lebih 2 minggu dari DM pertama hingga ke Google Meet berkaitan teknikal.
Selebih itu semuanya melalui Whatsapp sahaja.
Awak nampak tak kuasa tersembunyi yang awak ada?
Kuasanya adalah dengan hanya berkongsi di media sosial.
Kadang-kadang bakal klien memang dah tahu kewujudan kita.
Mungkin dari kawan, kenalan mereka.
Tapi ada satu dua perkara yang bakal klien masih belum berpuas hati.
Dan bakal klien hanya perlukan satu atau dua titik interaksi dengan awak sebelum dia rela berkongsi masalahnya dengan awak.
Tapi janganlah pula daripada mesej pertama awak terus nak mentioned harga dan sebagainya.
Saya akan kongsikan teknik saya dengan lebih mendalam dalam video 'Seni Bercakap Dengan Bakal Klien' nanti.
Seperti tulisan saya sebelum ini, awak perlu tunjukkan keikhlasan dan komitmen awak untuk selesaikan masalah dia.
Harga boleh bincang nanti dan barangkali bakal klien akan lebih senang bersetuju tanpa rundingan dengan awak.
Jadi, janganlah berhenti berkongsi kerana kita tak tahu setiap post kita ada nilainya di mata bakal klien kita.
Kisah Kedua: Bakal Klien Tak Disangka-sangka
Beberapa bulan ini, saya kerap didatangi bakal klien yang tak disangka-sangka.
Alhamdulillah syukur atas rezekiang tidak putus-putus tapi saya juga percaya yang setiap usaha kita akan mendapat balasan yang setimpal.
Saya pernah kongsikan kisah pahit getir saya sebelum ini tapi saya juga rasakan orang lebih suka melihat kejayaan seseorang tanpa melalui sendiri kepayahannya.
Dan kisah kedua ini lebih kepada catatan situasi berulang yang kerap berlaku kepada mana-mana freelancer yang sering berkongsi di media sosial.
Apabila saya pergi ke kenduri kahwin atau berkongsi life updates di Instagram contohnya, tiba-tiba sahaja ada kenalan saya yang tanyakan:
“Syahmi, kau developer kan? Boleh buat XYZ?”
“Syahmi, boleh tolong buatkan ABC untuk business aku?
“Kami ada masalah XYZ, boleh tolong advise tak?”
Apabila saya fikirkan kenapa perkara ini berlaku, saya dapat kenal pasti ada dua elemen penting di sini:
Menjadi ‘go to person’ amatlah efektif. Sebenarnya saya jarang promosikan servis atau hasil kerja saya di Instagram tapi rakan-rakan di sana tahu yang saya seorang freelancer sepenuh masa.
Ada orang yang memerhatikan kita tanpa kita sedari. Bunyi macam menakutkan sebenarnya tapi kita akan dapat bakal klien yang tidak disangka-sangka.
Kadang-kadang kita cuba sangat untuk position diri kita di hadapan mereka yang kita rasa akan jadi bakal klien kita.
Tapi sebenarnya bakal klien kita sudah ada di depan mata kita.
Mereka dah followed kita di media sosial.
Mereka dah baca dan liked post kita di media sosial.
Mereka hanya tunggu masa yang sesuai untuk hubungi kita.
Tapi awak tak boleh fikir untuk putus asa dan berhenti berkongsi kalau berminggu-minggu kongsi di media sosial dan tiada klien lagi.
Mereka ada di depan awak tapi mereka perlukan dua tiga titik interaksi sebelum mereka approach awak.
Satu latihan yang selalu saya praktikkan adalah dengan selidiki bagaimana klien kenal saya dan apa yang membuatkan klien yakin dengan saya.
Daripada latihan ini, saya dapat tahu apa jenis servis dan konten perkongsian yang saya perlu ketengahkan.
Semoga tulisan minggu ini dapat membantu awak, insya-Allah.
Kita jumpa lagi pada minggu hadapan.
Kalau awak ada sebarang soalan atau perlukan bantuan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui NGL (anonymous)
Kalau awak dah ada Pakej Lengkap Kursus Video RM300 Pertama, awak akan dapat akses sepanjang hayat ke video 'Seni Bercakap Dengan Bakal Klien'.
Banyak akan saya kupaskan lagi dalam video itu. Nantikannya!
Kalau awak dah bersedia untuk bertindak, ada 2 cara saya boleh membantu:
→ Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
Zero To Freelancer Roadmap: Belajar apa itu freelance, mindset seorang freelancer, 3 elemen penting freelance, 5 fasa dalam perjalanan freelance dan banyak lagi.
Freelancing For Dummies (kompilasi penulisan terdahulu)
Thread X yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
→ Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit sebulan:
Kursus Video RM300 Pertama: Belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.