5 YouTuber terbaik untuk freelancer & solopreneur
Antara YouTube channel yang padat dengan ilmu percuma
Masa Bacaan: 4 minit
Tak senang nak senang dan tiada jalan mudah untuk berjaya.
Itulah frasa yang saya pegang sehingga hari ini.
Tapi kadang-kadang sebenarnya kita tak tahu apa yang kita perlu tahu untuk kita berjaya.
Inilah pentingnya untuk belajar dari mereka yang dah capai apa yang kita nak capai.
Kalau saya buntu dengan freelance contohnya, saya akan ke Google dan taip apa soalan yang saya ada atau saya akan ke YouTube dan lihat video berkaitan.
“We are what we eat.”
Penting juga untuk kita tapis content yang tidak hanya menambah ‘beban’ kepada pemikiran.
Sebab tak berguna juga kalau content yang kita consume atau tonton tidak credible atau relevant kepada apa yang kita sedang buat.
Di bawah ialah senarai 5 YouTube channel terbaik untuk freelancer & solopreneur yang saya sendiri tonton dan bagi saya content mereka ialah credible dan relevant.
Chris Do (TheFutur)
Chris ini memang favourite nombor 1 saya kerana beliau banyak kongsi tactical dan practical tips untuk freelancer dan juga agency.
Lebih-lebih lagi berkaitan harga yang perlu dicaj kepada klien, nilai tambah kepada klien dan juga cara berkomunikasi dengan klien.
Saya belajar cara negotiate dengan bakal klien dan berjaya naikkan harga servis saya dari 4 angka hingga ke 5 angka bagi setiap projek dengan praktikkan apa yang beliau ajarkan di YouTube.
Jadi, insya-Allah awak juga boleh kalau rajin godek YouTube beliau sebab memang banyak ilmu kita boleh pelajari daripada beliau.
Gary Vaynerchuck (VaynerMedia)
Gary Vaynerchuck atau Gary Vee ini saya suka kerana beliau keras dalam memberikan pandangan beliau.
Tapi disebalik kekerasan itu, kita boleh lihat keikhlasan beliau untuk membantu lebih ramai orang untuk berjaya.
Kiranya dia memang jenis orang straight-to-point.
Tapi saya follow beliau dan consume content beliau bagi perkara seperti personal branding dan juga media sosial.
Tak pasti kenapa dua perkara ini penting untuk freelancer?
Awak boleh baca roadmap untuk dapatkan jawapannya.
Beliau juga banyak berikan motivasi kepada orang ramai untuk tidak putus atas dan terus berusaha untuk capai cita-cita.
Alex Hormozi (Acquisition)
Saya mulai kenal Alex Hormozi melalui buku beliau iaitu $100M Offers.
Di mana beliau curahkan ilmu untuk kita buat satu tawaran produk atau servis yang too good to be true.
Kalau awak orang yang suka baca buku marketing atau sales, awak akan suka apa yang disampaikan Alex Hormozi ini.
Kebanyakan content Alex memang berkisar tentang tawaran produk.
Beliau berkongsi cara untuk tingkatkan harga yang kita boleh caj kepada pelanggan, sediakan tawaran yang susah untuk klien tolak dan banyak lagi.
Dan awak juga boleh dapatkan kursus percuma menyediakan tawaran oleh Alex Hormozi sendiri.
Banyak kita boleh belajar dari Alex untuk sediakan tawaran pakej servis kita sebagai freelancer.
Russell Brunson (ClickFunnels)
Boleh dikatakan segala ilmu sales funnel saya semuanya datang dari Rusell Brunson.
Saya ada sentuh sedikit berkaitan funnel ini dalam kursus video RM300 Pertama dengan konsep value ladder.
Di mana kita boleh terus jual servis kita kepada klien dan dapatkan repeat customer melalui teknik upselling ini.
Tak pelik kalau freelancer boleh caj berpuluh ribu dan hanya serve satu atau dua klien sahaja sebulan.
Sebab mereka faham apa itu value ladder dan cara untuk caj harga yang lebih tinggi.
Bukan itu sahaja, elemen penting kepada freelancing iaitu positioning diri sebagai expert atau authority pun saya belajar dari buku beliau iaitu Expert Secrets.
Dan Koe
Saya tak pasti di mana saya mula kenal Dan Koe.
Mungkin tweet beliau ada lalu di feed Twitter saya,
Atau ada video beliau singgah di feed YouTube saya.
Tapi yang paling penting, banyak perkara baru yang lebih bersifat konseptual yang saya belajar dari beliau.
Dan mungkin awak seorang freelancer sekarang tapi terfikir sampai bila awak nak jual masa awak untuk dapatkan wang ringgit.
Bak kata Naval dari buku Almanack of Naval Ravikant:
Code and media are permissionless leverage.
They're the leverage behind the newly rich.
You can create software and media that works for you while you sleep.
Saya sarankan awak untuk mula membaca buku Almanack of Naval Ravikant (ebook percuma).
Awak boleh godek sendiri YouTube beliau kerana content beliau lebih kepada 'productivize yourself’.
Iaitu menjadikan diri kita sebagai produk yang orang boleh dapatkan servis kita bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja.
Dan awak juga boleh diversify kan income awak dengan menjual produk digital sendiri.
Inilah kelebihan kita sebagai freelancer sebab kita dah tahu apa masalah yang klien ingin selesaikan.
Dan kalau kita boleh wujudkan produk digital dan jual kepada mereka, kita boleh clone kan diri kita melalui produk kita.
Akhirnya, masalah mereka selesai dan kita boleh jana income walaupun kita tengah tidur.
Win-win situation.
Kalau tanya saya, amat penting untuk kita lalui jalan freelancer dan menjadi problem solver kepada klien.
Dari situ baru kita boleh kembangkan servis kita melalui tawaran produk digital yang kita ada.
Semoga tulisan minggu ini membantu awak sebagai seorang freelancer.
Sekian sahaja untuk minggu ini dan kita berjumpa lagi di minggu hadapan!