Mulakan 2024 Dengan 3 Langkah Ini
Ubah cara fikir awak dalam merancang kerjaya sebagai freelancer
Masa Bacaan: 4 Minit
Selamat menyambut tahun 2024, semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
Saya harap awak dah bersedia untuk menjadi seorang freelancer yang berjaya pada tahun ini.
Dalam penulisan ini saya akan kongsikan 3 langkah bagi memulakan tahun 2024 dengan langkah kanan.
1) Tetapkan matlamat suku tahunan (quarterly)
Ramai yang tahu perkara ini tapi tak ramai yang betul-betul faham kenapa dan bagaimana.
Contohnya awak tetapkan matlamat tahunan awak pada 2023 adalah untuk menjana RM10,000/sebulan secara konsisten.
Jadi kalau suku tahunan ianya akan menjadi RM30,000/suku tahun.
Kenapa tak buat setahun terus?
Boleh sahaja tapi disebabkan 1 tahun ada 12 bulan, jadi susah sikit kita nak menilai semula situasi kita.
Tak akan lah setiap hujung tahun baru nak review kan?
Jadi, awak boleh buat kiraan dari tahunan → sukuan (3 bulan) → bulanan.
Tapi tak cukup dengan tetapkan matlamat sahaja.
2) Pecahkan matlamat kepada 2 aspek
Sebagai contoh, saya pecahkan RM30,000/sukuan kepada:
Bilangan klien berapa saya nak target setiap suku tahun
Berapa nilai untuk satu-satu projek yang saya akan ambil setiap suku tahun
Kalau awak freelance yang baru nak mula, mungkin awak akan sedikit ralat nak anggarkan 2 aspek ini.
Awak boleh cuba tetapkan dan lihat sejauh mana anggaran awak itu tepat atau tidak.
Tapi kenapa penting untuk awak pecahkan matlamat suku tahun ini?
Supaya awak tidak rasa runsing dan terbeban apabila awak tak capai matlamat yang awak tetapkan.
Daripada setiap suku tahun, awak boleh lihat sama ada awak capai atau tidak dalam setiap bulan (dalam 3 bulan itu).
Berbalik kepada kiraan saya tadi, saya anggarkan saya akan ada 2-3 klien sahaja dengan purata nilai setiap projek dalam RM15,000.
Di sini pun sebenarnya kalau saya boleh dapat maksima 3 klien, dah boleh capai RM45,000 dan melebihi matlamat suku tahun saya.
Tapi mungkin kes saya lain sebab purata nilai per projek saya tinggi.
Jadi, kalau awak hanya berani caj RM2,000 setiap projek, awak perlu ada dalam 15 klien sekurang-kurangnya (RM2,000 x 15 = RM30,000/suku).
Nampak macam banyak kan?
Tapi awak pecahkan lagi 15 klien ini kepada 3 bulan, iaitu 5 klien setiap bulan.
5 klien ini awak pecahkan lagi kepada 1 bulan iaitu ~1.3 klien setiap minggu.
Atau 1 klien setiap minggu (pertama hingga ketiga) dengan 2 klien pada minggu keempat.
Tapi kiraan awak ini kalau awak target RM10,000 setiap bulan.
Kalau awak hanya nak capai RM5,000 tambahan setiap bulan pun boleh.
Hanya guna teknik kiraan di atas ini dan rancang mengikut aspek di bawah ini.
3) Rancang perkara bagi setiap aspek
Selain daripada memudahkan awak mengira berapa klien diperlukan dan kurangkan beban untuk mencapai matlamat, awak juga boleh merancang perkara yang akan mengerakkan awak untuk capai matlamat itu.
Kita ambil contoh yang awak perlukan 4 klien sebulan.
Bagaimana awak nak dapatkan 4 klien ini?
Berapa peratus klien yang akan ambil servis yang awak tawarkan dalam ramai-ramai awak bercakap dengan?
Contohnya, awak bercakap dengan 20 orang,
Dan peratusan bersetuju hanya 10% iaitu 2 orang sahaja.
Jadi, awak kena bercakap dengan 40 orang sebulan untuk dapatkan 4 orang klien ini.
40 orang sebulan juga bersamaan dengan 10 orang seminggu.
Sekarang awak dah boleh rancang berapa klien awak perlu bercakap setiap minggu dalam sebulan.
Bunyi pun dah macam renyah kan?
Tapi ada 1 perkara lain yang awak boleh buat.
Tingkatkan peratusan bersetuju dan ambil tawaran servis awak.
Kalau awak boleh tingkatkan 10% pun, ianya akan jadi 20%.
Daripada 20 orang tadi, hanya dengan peningkatan 10% kepada 20%,
4 orang akan bersetuju nak menjadi klien awak.
Sebab itulah saya amat mementingkan skil closing atau sales dalam karier freelance awak.
Awak boleh jimatkan masa daripada bercakap dengan lebih ramai orang dan betul-betul fokus kepada memastikan servis terbaik kepada klien sedia ada.
Di bawah ini ada 6 penulisan sebelum ini bagi aspek jualan.
Awak boleh baca mereka secara percuma di sini.
Ramai yang ‘terciduk’ dan mudah putus asa kerana mereka tidak nampak gambaran jelas perjalanan seorang freelancer.
Benar, tak senang nak senang tapi setiap kepayahan pasti ada penyelesainnya.
Hanya awak sanggup lakukannya atau tidak.
Tapi percayalah selepas hujan pasti akan ada pelangi yang meyinar.
Dulu masa saya mula freelance, tak ada tips-tips percuma di Soloers ini.
Kalau ada pun hasil cari sendiri dan cuba fahamkan bagi situasi tertentu saya.
Semoga tips ini dapat membantu awak, insya-Allah.
Kita jumpa lagi pada minggu hadapan.
Kalau awak ada sebarang soalan atau perlukan bantuan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui NGL (anonymous)
Kalau awak dah ada Pakej Lengkap Kursus Video RM300 Pertama, awak akan dapat akses sepanjang hayat ke video 'Seni Bercakap Dengan Bakal Klien'.
Banyak akan saya kupaskan lagi dalam video itu. Nantikannya!
Kalau awak dah bersedia untuk bertindak, ada 2 cara saya boleh membantu:
→ Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
Zero To Freelancer Roadmap: Belajar apa itu freelance, mindset seorang freelancer, 3 elemen penting freelance, 5 fasa dalam perjalanan freelance dan banyak lagi.
Freelancing For Dummies (kompilasi penulisan terdahulu)
Thread X yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
→ Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit sebulan:
Kursus Video RM300 Pertama: Belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.