Masa Bacaan: 5 minit
Awak dah mula berjinak dengan dunia freelancing.
Dan dah ada beberapa orang tanya awak mengenai servis freelance awak.
Tapi daripada ramai-ramai yang bertanya,
Hanya sebilangan kecil sahaja yang menjadi klien awak.
Awak pun runsing.
Dan tak tahu kenapa tak ramai nak jadi klien awak walaupun ramai yang berminat dengan servis awak.
Sebenarnya, ada beberapa sebab kenapa perkara ini berlaku.
Dan antaranya adalah seperti berikut:
Mereka tak yakin yang awak boleh selesaikan masalah mereka
Mereka tak yakin dengan kemampuan/servis awak
Mereka tak sanggup nak bayar harga yang awak tawarkan*
*Harga adalah berbeza mengikut industri dan kalau awak sudah caj murah pun pasti akan ada bakal klien yang tak sanggup nak bayar awak
Jadi, berdasarkan tiga perkara di atas ini, kita berbalik kepada 2 elemen yang saya sudah sebutkan sebelum ini di dalam Zero To Freelancer Roadmap.
2 elemen tersebut ialah authority dan credibility awak sebagai seorang freelancer.
Dan 2 elemen ini juga awak boleh tunjukkan kepada bakal klien awak melalui cara awak bercakap dengan bakal klien.
You only have one chance to make a great first impression.
3 tips di bawah ini juga penting untuk awak praktikan lebih-lebih lagi ketika bercakap dengan bakal klien awak buat kali pertama.
Sukar untuk saya nafikan peri pentingnya having a great first impression.
Saya harap awak dapat praktikan tips di bawah ini mulai sekarang dan seterusnya mampu untuk tingkatkan bilangan projek freelance awak.
1) Lebih banyak mendengar daripada bercakap
Saya faham yang kadang-kadang awak rasa awak perlu bercakap untuk yakinkan klien awak.
Tapi awak tak boleh nafikan yang awak sendiri pun suka apabila ada orang betul-betul khusyuk mendengar apa yang awak ingin luahkan.
Kenapa saya gunakan perkataan ‘luahkan’?
Kerana tugas awak sebagai seorang freelancer adalah untuk menyelesaikan masalah klien awak.
Tanggungjawab kita sewaktu perbualan pertama dengan bakal klien adalah untuk mendengar luahan permasalahan yang mereka hadapi.
Dengan harapan kita mampu selesaikan masalah ini untuk mereka.
Tapi kalau awak sahaja yang asyik bercakap, bagaimana awak nak tahu masalah sebenar yang klien awak hadapi?
Dan sudah pasti akan lebih sukar untuk awak cuba selesaikan masalah klien kalau awak sendiri tak tahu masalah mereka.
2) Tanya soalan yang betul
Untuk betul-betul faham masalah yang mereka hadapi, kita kena tanya soalan yang betul kepada mereka.
Seperti contoh:
Adakah dengan ABC ini, masalah XYZ awak dapat diselesaikan?
Dan mungkin mereka akan balas ya atau tidak.
Sekiranya mereka balas ‘tidak’, awak berpeluang untuk tanya apakah jalan terbaik untuk selesaikan masalah mereka.
Dan jika mereka tidak pasti, lagi bagus.
Sekarang awak ada ruang untuk cadangkan beberapa jalan penyelesaian kepada mereka.
Sekiranya jawapan mereka ‘ya’, awak dah selangkah untuk tahu cara menyelesaikan masalah mereka.
Kemudian, awak boleh ulangkan perkara ini untuk kepastian dan terangkan cara awak lakukan ABC melalui servis awak.
Insya-Allah mereka akan yakin yang awak mampu selesaikan masalah mereka.
Mungkin hanya tinggal quotation, kadar harga dan jadual awak sahaja yang akan mendorong mereka untuk bersetuju atau tidak bersetuju menjadi klien awak.
Tips bonus:
Sekiranya jadual awak sudah padat tapi mereka masih ingin awak berikan servis kepada mereka sekarang juga, awak boleh caj lebih kepada klien.
Selalunya klien akan sanggup bayar kerana masa mereka begitu harga dan kalau caj awak berpatutan, mereka tidak akan ada masalah untuk bayar lebih.
3) Tampilkan diri sebagai seorang profesional
Selain daripada dua perkara di atas ini, saya juga lihat ramai freelancers yang sukar mendapat klien kerana mereka tidak tampilkan diri mereka sebagai seorang profesional.
Profesional di sini tidak bermakna awak perlu ada sijil atau CV yang hebat-hebat.
Profesional di sini bermaksud awak dilihat meyakinkan dan berpengalaman dalam bidang yang awak ceburi.
Saya rasa perkara ini sama tak kisahlah industri mana yang awak berada sekarang.
Contohnya, ada seorang bakal klien ini tanya yang dia ingin bangunkan satu platform seperti Carousell.
Dan perkara pertama yang bakal klien ini tanya ialah:
Syahmi, awak pernah buat platform seperti Carousell?
Jika pernah, ada contoh saya boleh tengok?
Lagi mudah sebenarnya kalau bakal klien kita direct dan terus tanya begini.
Kalau tidak, awak perlu terangkan pengalaman awak dengan klien sebelum ini kepada bakal klien ini.
Baru mereka akan jadi bertambah yakin yang awak sebenarnya dah selesaikan masalah seperti ini juga untuk orang lain.
Jadi, memang tiada masalah untuk awak selesaikan masalah ini juga untuk mereka.
Tapi bagaimana kalau awak tiada pengalaman langsung berkaitan servis awak?
Jawapannya, awak perlu buat terlebih dahulu sama ada sebagai side project awak atau berikan servis percuma kepada klien terawal awak.
Tapi apa sebenarnya yang klien ini inginkan daripada awak?
Pertama - mereka perlukan satu bukti untuk puaskan diri mereka agar mereka boleh percaya awak dan beri peluang kepada awak untuk bantu mereka dan sebagai balasan, mereka juga akan bayar awak.
Kedua - mereka perlukan satu indikator (yang boleh dibandingkan antara awak dan freelancer lain) bagi menilai tahap authority dan credibility awak sebelum mereka buat keputusan untuk bersetuju dengan servis freelance awak.
Seterusnya, jika mereka sudah yakin dengan awak, selalunya mereka akan terus tanyakan harga awak.
Dan awak boleh mula rundingkan harga servis awak dengan mereka.
Insya-Allah awak berada di landasan yang betul untuk jadikan mereka sebagai klien awak yang seterusnya.
Jika awak mahukan lagi tips seperti ini,
Saya akan kupaskan ia dengan lebih mendalam di dalam video Case Study 'Teknik Berbual Dengan Bakal Klien'.
Video terhad ini ialah percuma kepada mereka yang dah dapatkan Pakej Lengkap.
Semoga maju jaya dan semoga kita jumpa lagi pada minggu hadapan.
Kalau awak ada sebarang soalan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui NGL (anonymous)
Kalau awak dah bersedia untuk bertindak, ada 2 cara saya boleh membantu:
→ Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
Zero To Freelancer Roadmap: Belajar apa itu freelance, mindset seorang freelancer, 3 elemen penting freelance, 5 fasa dalam perjalanan freelance dan banyak lagi.
Penulisan terdahulu dan thread Twitter yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
→ Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit sebulan:
Kursus Video RM300 Pertama: Belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.