Masa Bacaan: 5 Minit
Saya masih ingat lagi tulisan-tulisan awal saya pada bulan Mei yang lalu.
Bangun tidur, bangun tidur.
Tahu-tahu dah nak masuk 2024.
Terkejut juga dengan cepatnya masa berlalu.
Dan dalam tulisan minggu lepas saya ada cakap yang newsletter minggu akan sedikit istimewa.
Jadi, izinkan saya kongsikan kepada awak 3 pengumuman khas kepada komuniti Soloers untuk menutup tahun 2023 ini.
1) Pencapaian Bersama Kita Bagi Tahun 2023
Saya jenis seorang yang meraikan small wins atau kemenangan tak kira sekecil mana sekali pun.
Dapat ‘close’ kerja freelance?
Belanja keluarga makan di luar.
Dah selesaikan kerja freelance berbulan lamanya?
Ambil time off sebelum buat kerja seterusnya.
Lain orang, lain cara menyambut satu-satu kemenangan itu.
Awak mungkin ada cara awak tersendiri.
Jadi, jangan lupa untuk raikan sesuatu sebelum membuka tahun 2024 nanti.
Tapi saya juga nak ambil kesempatan di sini untuk kongsikan pencapaian kita bersama dalam komuniti Soloers.
Pengumuman kedua dan ketiga akan berkait dengan yang ini.
Noah Kagan ada sebut di dalam video beliau dan ringkasannya:
Kalau nak buat sesuatu, buatlah dalam tempoh 52 minggu (setahun) sebelum fikir untuk putus asa.
Sebelum ini, banyak kali saya cuba menulis blog dan juga newsletter.
Tapi saya ada masalah untuk commit kepada sesuatu benda itu.
Mungkin sebab saya ada shiny object syndrome dan cepat bosan.
Tapi saya dapat rasakan apa yang Noah Kagan katakan, ada benarnya.
Saya disiplin dan terus menulis untuk awak di Soloers minggu demi minggu.
Banyak tulisan yang saya tulis berdasarkan pertanyaan freelancer seperti awak menerusi DM atau pun NGL saya.
Saya rasa ramai ada persoalan yang sama dan mereka juga akan dapat manfaat daripada jawapan kepada persoalan itu.
Tapi tanpa saya sedari, sedikit demi sedikit makin ramai yang bertanya dan menunjukkan minat mereka untuk belajar menjadi freelancer.
Jadi, saya rasa lebih bersemangat untuk berkongsi kisah dan pengalaman freelance yang saya ada selama bertahun ini.
Saya terus menulis dan terus mencari apa cara lagi yang saya boleh bantu freelancer seperti awak.
Dan rupanya tips freelance kita di Soloers telah dibaca sebanyak 48,000+ dalam tempoh 7 bulan!
Alhamdulillah dan terima kasih kepada awak kerana sudi membaca dan terus menyokong komuniti kita di Soloers.
Komuniti kita juga telah membesar kepada 2,000 freelancers dan solopreneuers.
Terima kasih kepada awak yang sudi kongsikan newsletter Soloers kepada rakan-rakan, kawan sepejabat dan termasuk juga ahli keluarga awak.
Harapan saya hanya satu, agar segala ilmu ini dapat memberikan kebaikan dan kejayaan untuk awak dalam karier freelance awak.
2) Memperkenalkan Freelance OS
Saya sebenarnya dah lama inginkan satu aplikasi yang boleh memudahkan proses kerja saya sebagai seorang freelancer.
Pernah terfikir beberapa kali nak bangunkan tapi saya rasakan ianya akan menjadi terlalu kompleks semata untuk kegunaan peribadi saya sahaja.
Tapi selepas melancarkan RM300 Pertama, baru saya tahu ramai sebenarnya yang inginkan aplikasi seperti ini.
Dan antara ciri-ciri yang saya sendiri inginkan adalah seperti:
Jana dokumen PDF secara automatik seperti sebut harga (quotation), invois (invoice) dan perjanjian/kontrak kerja freelance;
Invois yang dijana juga disertakan jadual/baki bayaran berdasarkan pembayaran terakhir klien.
Menstruktur jadual pembayaran secara automatik berdasarkan work milestones yang telah kita tetapkan mengikut progress kerja kita.
Namun setelah saya mengkaji keseluruhan skop untuk hanya menjana dokumen, saya kenal pasti beberapa ciri lain yang diperlukan juga iaitu:
Merekod transaksi bayaran klien kepada kita;
Harga bayaran servis kita kepada klien berdasarkan deliverable kerja;
Tetapan work milestones dan peratusan pembayaran bagi memudahkan pengiraan peratus pembayaran upah freelance berdasarkan progress kerja semasa.
Bagi versi pertama Freelance OS, saya akan memfokuskan ciri-ciri di atas ini terlebih dahulu untuk mengutamakan ciri kegunaan harian freelancer seperti awak dan saya.
Saya ada beberapa idea untuk ciri-ciri akan datang iaitu:
Pengurusan hubungan dengan klien (Customer Relationship Management, CRM) iaitu merekod segala interaksi kita dengan klien bagi tujuan untuk follow-up, upsell dan resell kepada bakal klien dan juga klien sedia ada kita.
Pengurusan duit keluar masuk seperti upah freelance dan kos yang dibayar kita dalam menyiapkan sesuatu kerja freelance. Ini akan memudahkan proses memfailkan cukai peribadi (atau perniagaan jika ada SSM) pada setiap hujung tahun.
Integrate dengan sistem e-Invois LHDN pada tahun 2024 (tentatif).
Sejujurnya, ianya satu kerja gila untuk membangun app sebesar ini seorang diri sambil menyiapkan kerja-kerja freelance saya yang lain.
Tapi saya teringat akan kata-kata Steve Jobs:
“The people who are crazy enough to think they can change the world are the ones who do.” - Steve Jobs
Insya-Allah saya yakin app seperti Freelance OS ini dapat membantu sedikit jika tidak ramai freelancer dan juga pemilik perniagaan servis seperti kita freelancer.
3) Tawaran Tak Masuk Akal
Akhirnya, kita tiba di pengumuman terakhir bagi tahun 2023.
Tahniah kepada awak kerana masih membaca.
Saya harap pengumuman terakhir ini tidak menghampakan awak.
Kesinambungan daripada pengumuman pertama dan kedua tadi,
Saya merasakan ramai freelancer seperti awak yang betul-betul ingin berjaya.
Tapi awak perlukan bimbingan dan tools yang boleh membantu awak berjaya.
Jadi, bagi meraikan penghujung tahun 2023, saya ingin tawarkan kepada awak satu tawaran yang tidak masuk akal iaitu:
Akses sepanjang hayat kepada kursus video RM300 Pertama (yang akan dikemaskini);
Akses sepanjang hayat kepada kursus video Seni Bercakap Dengan Bakal Klien untuk bantu awak dapatkan job freelance dengan harga berbaloi;
Akses sepanjang hayat kepada Freelance OS.
Akses esklusif kepada ******** *** yang akan dilancarkan nanti. (Saya tak pernah sebut perkara ini di mana-mana lagi, jadi dapatkan tawaran ini sekarang sebelum awak terkejut dengan harganya nanti).
Nilai ilmu freelancing dan bimbingan daripada saya sendiri berserta tools di atas ini kalau nak dikira memang akan sampai beribu.
Tapi awak boleh dapatkannya semua sekali gus dengan potongan harga sehingga 70%.
Jangan lengah lagi dan bertindak sekarang untuk dapatkan tawaran terhad yang tak masuk akal ini.
Promosi ini akan berakhir pada 1 Januari 2024.
Hanya 3 hari lagi daripada sekarang.
Jadi, dapatkannya sekarang sebelum terlambat.
Menyesal tak sudah nanti.
Lagi-lagi selepas Freelance OS dan ******** *** dilancarkan.
Kalau awak dah ada Pakej Lengkap Kursus Video RM300 Pertama, awak akan dapat semua bonus di atas secara percuma, tanpa perlu ada bayaran tambahan, walau satu sen pun. 😊