3 Ciri Portfolio Idaman Bakal Klien Freelance
Selalunya bakal klien ingin melihat portfolio kita terlebih dahulu
Masa Bacaan: 3 Minit
Sebelum sesiapa ingin menerima tawaran servis freelance awak,
Mereka akan terlebih dahulu meminta portfolio awak sekiranya awak tiada website atau apa-apa paparan umum mengenai hasil kerja freelance awak sebelum ini.
Tapi awak mungkin tertanya-tanya apakah ciri-ciri portfolio yang dapat meyakinkan bakal klien freelance awak.
1) Cantik itu subjektif
Ramai di luar sana bersetuju dan mungkin juga awak, bahawa satu-satu portfolio itu perlu kelihatan ‘cantik’.
Tapi sebenarnya cantik itu subjektif dan antara yang perlu diberi perhatian adalah seperti:
Kelihatan profesional (tonjolkan profesionalisme awak sebagai freelance)
Kemas dan teratur (konten yang berstruktur)
Mudah dibaca (pembaca boleh baca dengan laju dan faham apa yang awak sampaikan)
Sebelum kita masuk kepada apa yang awak perlu ada dalam portfolio awak, awak kena pastikan portfolio awak memberi perhatian kepada 3 perkara di atas ini.
Kalau ianya tak kemas dan cacamarba, barangkali bakal klien pun tak ingin untuk baca dan lihat portfolio awak secara keseluruhan.
Dan akibatnya, mereka tidak akan tahu kebolehan sebenar yang ada pada diri awak.
2) Projek berimpak dan berkualiti tinggi
Elemen ini bergantung kepada industri yang awak ceburi sekarang.
Kalau awak di dalam software development, bakal klien ingin melihat projek yang ada kaitan dengan apa yang bakal klien inginkan.
Mereka sebenarnya ingin melihat sejauh mana kebolehan dan kepakaran awak dalam menyiapkan projek sebelum ini.
Mereka ingin tahu apakah masalah yang bakal mereka hadapi dalam projek bersama awak dan apakah jalan terbaik untuk memastikan projek ini akan berjaya.
Awak juga perlu selitkan sekali perkara teknikal seperti cabaran teknikal dan cara awak menyelesaikan cabaran tersebut.
Ini akan berjaya membuktikan kepakaran awak serta kualiti dan impak yang awak dapat berikan kepada klien sekiranya mereka mengambil servis awak.
Niat kita bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk mempamerkan kebolehan kita dan sumbangan kita kepada klien sebelum ini.
3) Isi yang relevan kepada bakal klien
Perkara ini berkait dengan yang di atas tetapi perkara inilah kunci kepada portfolio idaman bakal freelance awak.
Sebab itu kalau awak dah kenal pasti niche freelance awak, awak dah boleh sediakan satu portfolio yang relevan kepada bakal klien awak.
Sekiranya awak seorang logo designer kepada klien di industri perniagaan seperti makanan dan kosmetik,
Awak dah boleh sediakan portfolio awak yang khusus kepada mereka.
Contohnya, awak akan sediakan mockup produk yang menggunakan logo-logo klien terdahulu awak.
Ini supaya bakal klien boleh bayang apakah hasil kerja yang mereka juga akan dapat jika mengambil servis awak.
Selalunya kalau bakal klien awak minta untuk lihat portfolio awak, mereka hanya inginkan kepastian atas kebolehan awak dan pengalaman kerja awak.
Tapi jangan risau kalau awak tak pernah ada klien untuk bina satu portfolio.
Ambil langkah pertama ini terlebih dahulu.
Mula buat projek-projek kecil untuk sesiapa atau buat sahaja untuk awak belajar terlebih dahulu.
Nanti awak boleh masukkan projek ini dalam portfolio awak.
Selepas dah ada projek-projek kecil, awak boleh mula projek yang lebih besar.
Mungkin projek ini lebih besar daripada skop yang awak tetapkan dahulu.
Kalau dalam software development, projek kecil selalunya ada 1 modul atau ciri besar.
Jadi, untuk projek besar awak boleh masukkan 2 atau 3 modul pula.
Daripada sini juga awak akan belajar banyak perkara,
Dan ini akan mempersiapkan diri awak untuk menawarkan servis awak kepada klien awak juga.
Semoga tips minggu ini dapat membantu awak menyediakan portfolio freelance idaman klien awak!
Insya-Allah, kita akan berjumpa lagi pada minggu hadapan.
Kalau awak ada sebarang soalan atau perlukan bantuan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui NGL (anonymous)
Kalau awak dah bersedia untuk bertindak, ada 2 cara saya boleh membantu:
→ Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
Zero To Freelancer Roadmap: Belajar apa itu freelance, mindset seorang freelancer, 3 elemen penting freelance, 5 fasa dalam perjalanan freelance dan banyak lagi.
Freelancing For Dummies (kompilasi penulisan terdahulu)
Thread X yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
→ Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit sebulan:
Kursus Video RM300 Pertama: Belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.