Masa Bacaan: 4 minit
Promosi diri ini penting untuk memastikan bakal-bakal klien awak dapat mengetahui kewujudan awak dan apa jenis servis yang mampu awak tawarkan.
Sebagai contoh, mungkin tahap skil awak adalah antara yang terbaik di dalam bidang yang awak sedang ceburi.
Namun, skil awak ini tidak akan dapat dimanfaatkan oleh orang lain sekiranya mereka tidak pernah tahu mengenai kewujudan awak.
“If you don’t show, people won’t know.”
Jadi, mari kita lihat antara teknik berkongsi kepada audience awak supaya awak menjadi go-to-person mereka yang memerlukan servis yang awak tawarkan.
1) Tunjuk tahap kemampuan awak
Setiap orang ada kelebihan dan skil yang tersendiri.
Cuma tahap kemahiran dan kualiti setiap skil yang membezakan awak dengan orang lain.
Apabila awak sudah mengenal pasti skil awak yang boleh memberi nilai kepada orang lain, ‘asah’ dan pastikan ia cukup ‘tajam’ agar dapat membantu mereka yang memerlukan skil awak.
Kemudian, kongsikan pula mengenai tahap kemampuan skil awak di media sosial supaya audience awak tahu tahap kemahiran awak di dalam bidang tersebut.
“Tapi, saya nak kongsi apa?”
Mari kita lihat contoh situasi awak sebagai seorang developer yang baru hendak bermula.
Awak boleh kongsikan contoh-contoh kerja awak, yang sudah siap ataupun yang sedang dilakukan. Ini contoh secara tidak langsung yang saya lakukan.
Tujuan utama awak berkongsi adalah untuk memberitahu audience awak bahawa awak adalah seorang developer.
Masih ingat konsep menjadi go-to-person di dalam minda bakal klien awak?
Ya, inilah yang awak cuba terapkan melalui perkongsian awak di media sosial.
Dan juga untuk memberitahu mereka bahawa tahap kemahiran awak sebagai seorang developer adalah seperti yang dikongsikan.
Jangan downgrade diri awak dan berasa malu untuk berkongsi.
Penting untuk awak sentiasa jujur di dalam setiap perkongsian supaya mereka yang memerlukan servis awak tahu, di mana tahap kemahiran awak.
Percayalah, akan ada orang yang memerlukan servis awak walaupun awak baru sahaja bermula.
Kerana ada klien-klien yang sememangnya memahukan developer yang baru kerana bayaran mereka lebih murah berbanding dengan developer yang sudah senior.
Klien-klien yang mempunyai bajet yang minimum juga akan mencari developer yang dapat memberikan mereka harga yang lebih sesuai dengan kadar bajet mereka.
Walaupun demikian, pastikan awak tetap memberikan kualiti yang terbaik, sesuai dengan tahap kemahiran dan kemampuan awak.
2) Interaksi yang sihat
Kadang-kala apabila awak sedang scrolling di media sosial, ada perkara-perkara yang dikongsikan oleh orang lain, terkait dengan skil awak atau apa yang sedang awak kerjakan.
Awak boleh komen, tekan butang like, memberikan pendapat ataupun sekadar berkongsi pandangan untuk berinteraksi dengan mereka yang terkait dengan servis yang awak mampu berikan.
Tujuan awak tetap sama.
Iaitu untuk memberitahu mereka yang berada di luar daripada range audience awak bahawa awak adalah seorang developer.
Sebagai contoh, terdapat berita viral bahawa sebuah website yang terkenal telah digodam.
Polis siber, wartawan, penulis artikel, dsb akan terkait dengan berita ini.
Developer juga akan turut terkait kerana ia adalah sebuah website.
Dan awak boleh berinteraksi dan memberikan pandangan yang sesuai dengan tahap kemampuan dan kefahaman awak sekiranya awak faham apa yang sedang berlaku.
Sebagai developer, awak boleh berkongsi tentang bagaimana untuk memastikan website direka dengan ciri-ciri sekuriti yang baik, tanda-tanda website awak ‘disukai’ penggodam, dsb.
Ia secara tidak langsung akan memberitahu pengguna media sosial yang lain bahawa awak adalah seorang developer dan awak mampu menyediakan servis yang awak kongsikan itu.
Elakkan daripada berinteraksi sekiranya topik itu berada diluar daripada bidang, kefahaman, kemampuan, dan kemahiran awak kerana ia mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan.
Jadilah seorang pengguna media sosial yang jujur dan bertanggungjawab.
“Ada kalanya, diam lebih baik daripada berbicara.”
Sebagai seorang developer, cara yang lebih mudah adalah dengan mengikuti komuniti-komuniti developer yang lain.
Dan berinteraksi dengan perkara-perkara yang mereka kongsikan.
Cara ini lebih praktikal dan selari dengan bidang yang awak ceburi.
Dan boleh jadi juga sekiranya awak berada di dalam komuniti, peluang freelance juga akan disajikan kepada awak daripada kalangan komuniti awak juga.
Buktinya? Bulan September lalu saya telah kongsikan beberapa peluang freelance ke komuniti developer di X (Twitter).
Cari komuniti di dalam bidang awak dan berinteraksilah dengan sihat.
3) Bergaul dalam komuniti
Akan ada waktu di mana, meskipun servis yang awak tawarkan tidak berkaitan dengan bidang-bidang yang lain (secara langsung), awak sebenarnya masih boleh menonjolkan diri awak kepada bakal-bakal klien awak.
Saya sebagai seorang developer kerap bergaul dengan rakan-rakan freelance digital marketer kerana, besar kemungkinan klien mereka juga memerlukan khidmat freelance developer.
Walaupun tidak terkait secara langsung, rakan-rakan freelancer yang lain juga sebenarnya masih boleh membantu awak mendapatkan klien, dan awak juga boleh membantu mereka di lain hari.
Contohnya, saya sedang develop satu web app e-commerce untuk klien saya dan klien saya juga memerlukan servis seorang digital marketer.
Saya boleh terus recommend rakan-rakan digital marketer saya untuk membantu klien itu.
Kami berdua akan dapat berkongsi peluang untuk membantu dan menjimatkan masa klien.
Tidak perlulah klien itu mencari freelancer yang lain pula.
Apa yang penting sebenarnya adalah,
Kita sebagai freelancer perlu bergaul di dalam komuniti supaya kita dapat saling bantu-membantu dan menyokong antara satu sama lain.
Rakan-rakan awak juga akan dapat membantu awak untuk menyelesaikan masalah klien, sekiranya skil mereka diperlukan.
“If you want to go fast, walk alone. If you want to go far, walk together.”
Semoga maju jaya dan kita jumpa lagi pada minggu hadapan.
Kalau awak ada sebarang soalan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui NGL (anonymous)
Kalau awak dah bersedia untuk bertindak, ada 2 cara saya boleh membantu:
→ Jika awak masih tak pasti apa itu freelance dan gambaran keseluruhan dunia freelancing, saya syorkan awak bermula dengan sumber percuma:
Zero To Freelancer Roadmap: Belajar apa itu freelance, mindset seorang freelancer, 3 elemen penting freelance, 5 fasa dalam perjalanan freelance dan banyak lagi.
Penulisan terdahulu dan thread X yang boleh membantu awak bermula sebagai freelancer.
→ Jika awak dah mula freelance tapi masih belum menjana income, dapatkan panduan mudah ini untuk mula jana pendapatan dari RM300 pertama awak hingga ke ribuan ringgit sebulan:
Kursus Video RM300 Pertama: Belajar kenal pasti skil apa untuk ditawar kepada klien, belajar cara nak dapatkan 3 klien pertama dan 5 strategi jana RM300 pertama sebagai freelancer.